Cuba perhatikan kawasan mata anda, adalah ia kelihatan layu tidak bermaya, atau mempunyai tekstur berkedut? Mungkin dah tiba masanya anda mula ambil berat soal penjagaan mata.
Terima kasih pada SK-II, mereka baru sahaja melancarkan GenOptics Under Eye Circle. Serum mata pertama jenama itu yang menangani keperluan penjagaan mata yang dihadapi oleh wanita hari ini.
- Foto – SK-II
Istimewanya serum direka khusus untuk mencerahkan bayang bawah mata, menggebukan kulit dan melicinkan tekstur halus di sekeliling mata.
Melalui penyelidikan yang meluas, SK-II menunjukkan tiga isu utama yang mencetuskan kebimbangan mata. Pengumpulan pigmentasi menyebabkan kusam, kulit kasar dan nipis yang disebabkan oleh kekeringan dan pencemaran, serta kekurangan peredaran darah yang disebabkan oleh tekanan harian.
Tiga Elemen Penting SK-II GenOptics Under Eye Circle
- PITERA – Ramuan eksklusif SK-II meningkatkan fungsi penghalang kulit dan mengubah kulit kepada crystal clear.
- GenOptics Aura Technology – Ekstrak Niacinamide & Bunga Teratai untuk meningkatkan kecerahan kulit.
- GenOptics Under Eye Dual Complex – LA-Bright, menyediakan kawasan mata dengan pengelupasan lembut. Sodium Lactate, Xylitol & Trehalose untuk melindungi kulit daripada dehidrasi sambil menggebukan dan melicinkan tekstur melalui pelembapan yang kuat.
- Foto – SK-II
Serum ringan namun berkuasa ini direka dengan aplikator seramik yang memberikan urutan tanpa geseran. Ia membantu melancarkan peredaran darah dan menyejukkan kulit untuk merehatkan mata, mengeluarkan aura cerah dan berseri di sekeliling mata anda dari sapuan pertama.
SK-II GenOptics Under Eye Circle dijual pada harga runcit RM670 boleh didapati di seluruh negara bermula 1 Mac 2022.