“Bertuah sungguh Diana Danielle dilantik sebagai duta jenama pelancongan Traveloka.”
Traveloka melantik Diana Danielle sebagai duta jenama untuk Malaysia sempena ulang tahun ke-10 di Asia Tenggara. Kerjasama ini dapat menggiatkan industri pelancongan tempatan, menggalakkan perjalanan selamat untuk seisi keluarga dan memulihkan keyakinan rakyat Malaysia untuk menikmati keindahan tanah air tercinta, sekaligus membangkitkan semula industri pelancongan.
- Foto – Traveloka
Agaknya apa kriteria pada pelakon cantik ini sehingga Traveloka tertarik untuk bekerja dengannya?
“Diana Danielle mempunyai ciri-ciri serasi dengan jenama Traveloka kerana kecenderungannya untuk memilih aktiviti pelancongan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaannya.
“Dia juga menunjukkan semangat keluarga-Malaysia dengan mengutamakan orang tersayang dan memastikan keselamatan mereka terjamin. Semangat inilah yang akan membantu negara pulih daripada wabak COVID-19.
“Bersama-sama dengan Diana, kami akan berusaha untuk meningkatkan minat pelancong tempatan dan asing jatuh untuk meneroka Malaysia semula,” kata Angelica Chan, Pengurus Besar, Traveloka Malaysia.
Dilantik sebagai duta jenama, Diana Danielle menyuarakan kegembiraannya.
https://www.instagram.com/p/CahSt5Qva4L/
“Saya benar-benar berbesar hati dengan pelantikan ini. Aktiviti pelancongan merupakan salah satu cara untuk saya dan keluarga saya mencipta kenangan dan telah menjadi bahagian penting dalam kehidupan keluarga kami.
“Industri pelancongan adalah antara industri yang paling terjejas semasa sorotan wabak Covid-19 dan saya tidak sabar untuk memainkan peranan saya dalam membantu Malaysia membina semula industri pelancongan melalui Traveloka,” kata Diana Danielle.