Bukan hanya pentas peragaan, kini Jung Hoyeon menjadikan red carpet sebagai tempat pertunjukan fesyen. Sangat menyerlah!
Tahniah kepada model dan juga aktres, Jung Hoyeon atas kemenangannya sebagai Pelakon Wanita Terbaik bagi siri drama di Anugerah SAG 2022.
Bukan kemenangan pertamanya sahaja yang menarik perhatian orang ramai. Tetapi penampilannya yang cukup glamor semasa majlis tersebut.
Di Anugerah SAG 2022, Hoyeon mengenakan persalinan gaun hitam bertali spagheti milik jenama mewah Perancis, Louis Vuitton. Asas gaun tersebut diperbuat daripada jacquard sutera dan dihiasi dengan sulaman tangan kristal serta manik perak.
Bukan itu sahaja dia juga memadankan gaunnya itu dengan reben rambut. Katanya dalam satu temu bual, reben rambut tersebut mewakili budaya Korea Selatan iaitu Daeng Gi.
“Saya mahu mencipta satu penampilan yang sangat glamor yang bercampur dengan aspek budaya Korea.”
Untuk pengetahuan kamu, Daeng Gi adalah reben rambut tradisional Korea yang digunakan untuk menghiasi rambut sejak berabad-abad dahulu. Sangat kreatif dan unik kan selera Jung Hoyeon?