Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Uniknya Pakaian Aina Abdul Dalam “Fool”, Macam Level Selebriti Antarabangsa!

by Soph.Azz
February 28, 2022
Foto - IG @ainaabdul

Foto - IG @ainaabdul

378
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sebut sahaja nama Aina Abdul, ramai yang sedia maklum penyanyi kecil molek ini tidak boleh dipisahkan dengan fesyen.

Sering tampil dengan fesyen yang luar biasa dan unik, memang tak hampalah bila tonton video muzik “Fool” Aina baru-baru ini. Sekali pandang, rasa seperti selebriti antarabangsa ye!

Jom lihat di bawah;

#1 Ala-Ala Catwoman 

Untuk gaya pertama di awal video muzik, Aina telah mengenakan persalinan baju hitam kulit daripada pereka Ayen Hardeza.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Ayen telah menggunakan material kulit untuk dijadikan sebagai ‘perisai baju besi’. Jika diamati dengan teliti, perinician rivet perak digunakan di bahagian pinggang, leher dan belakang. Ditambah pula dengan rantai di belakang badan yang menaikkan seri pakaian itu.

View this post on Instagram

A post shared by AYEN HARDEZA (@ayen_hardeza)

Di bahagian bahu, Ayen melekatkan material kulit ini seperti mantle pendek yang disambungkan dengan bahagian dada. Manakala bahagian tepi pinggang pula diletakkan beberapa lapisan material ini untuk serlahkan lagi bentuk badan Aina.

#2 Serba Putih Seperti Karakter Kisah Dongeng

Gaya kedua pula menampilkan AIna dalam gaun ruffle berona putih. Gaun ini dihasilkan khas oleh Firziey Couture.

https://www.instagram.com/p/Cabz-LWpIzJ/

Jika dilihat pada bahagian bawah gaun ini, Firziey seolah-olah menggunakan fabrik organza untuk hasilkan ruffle.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Yang menarik tentang gaun Aina, pereka ini telah ‘melekatkan’ helaian bunga di bahagian dadanya. Kemudian bunga tersebut juga dihasilkan pula menjadi hijab. Kreatif & unik!

#3 Pakaian Bercetak Pilihan Yang Tepat

Untuk gaya yang ketiga pula, DIVA tertarik melihat pakaian bercetak Aina. Nampak sangat selesa dan stail!

View this post on Instagram

A post shared by MSYD (@masyadimansoor)

Direka khas oleh Ahmad Masyadi, pereka dan ilustrator ini telah menghasilkan puffer bersaiz besar bercetak. Jika dipandang sekali lalu, ada perkataan “Fool” dan “Love” di atasnya.

Foto – @masyadimansoor (IG) / @ainaabdul (IG)

Bukan sekadar puffer jacket dan seluar, gaya ketiga ini juga dipandankan dengan half wrap skirt di bahagian belakangnya.

Secara keseluruhan gaya Aina Abdul dalam “Fool“, DIVA beri 100%! Jangan lupa untuk tonton video muzik “Fool” oleh Aina Abdul di bawah okay;

YouTube video
BACA:  Aina Abdul & Nabila Huda Memukau Dengan Solekan Mata 'Ungu'
FILED UNDER aina abdulfesyen aina abdulmv fool aina abdul
Share151SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.