Siapa di sini pernah menggunakan lip oil? Apa bezanya lip oil dengan lip balm, atau lip gloss?
Sebenarnya lip oil dah lama ada di pasaran, cuma hype tidak seperti lip balm atau lip gloss, malah ada yang tidak tahu lip oil. Produk ini sesuai untuk semua orang, tapi ramai yang musykil akan fungsinya. Lip oil, adalah kacukan antara gincu dan lip gloss. Lip oil memberikan warna sempurna anda, dengan penghidratan dan kilauan tambahan.
Macam mana lip oil berfungsi?
Sama seperti face oil, lip oil membantu menenangkan dan menyuburkan kulit kering dengan penggunaan minyak seperti rosehip, kelapa dan jojoba.
- Foto – Cosmopolitan
Lip oil juga serba boleh untuk digunakan di atas gincu atau lip stain untuk meninggalkan kilauan seperti berkilat, atau disapu sebagai asas untuk melembapkan bibir sebelum bersolek. Anda boleh juga menggunakannya sebagai lip mask semalaman.
Yang mana lebih baik lip oil atau lip balm?
Memandangkan keduanya membekalkan penghidratan, jadi yang mana satu lebih baik? Tidak seperti lip balm, lip oil mampu memberikan penghidratan jauh ke dalam kulit berbanding lip balm yang hanya terletak pada kulit.
Selain itu, lip balm perlu sentiasa disapu, manakala lip oil kekal terhidrat selama berjam-jam. Akhir sekali, lip oil juga memberikan kilauan tambahan pada bibir dan ianya lebih ringan daripada lip gloss.
Jenama lip oil pilihan DIVA
- Clarins Lip Comfort Oil (RM93)
- Foto – Clarins
Produk penjagaan bibir ini diselitkan dengan semua kuasa minyak tumbuhan seperti hazelnut, jojoba dan raspberry untuk menyuburkan dan meningkatkan kecantikan bibir.
- DIOR Lip Glow Oil (RM150)
- Foto – Dior
Lip Glow Oil ini melindungi dan meningkatkan bibir, serta menyerlahkan warna semula jadinya secara berkekalan.
- Hourglass N° 28 Lip Treatment Oil (RM250)
Mempunyai beberapa bahan unik yang melakukan segala-galanya daripada meningkatkan tahap kelembapan untuk memperbaiki tekstur bibir hingga mengurangkan kedalaman kedutan.
- WANDER BEAUTY Lip Retreat Oil Moisturising Lip Gloss (RM100)
- Foto – Wander Beauty
Lip Retreat Oil dengan peratusan minyak yang lebih tinggi, menawarkan kesan penghidratan dengan kilauan berkilat menjadikan bibir cantik dan sihat.
Dah tahu fungsinya, bolehlah bertukar kepada lip oil!