Selebriti kacukan Irish-Melayu, Yang Mulia Che Puan Sarimah Ibrahim sememangnya seorang wanita yang cantik.
Miliki kulit putih kemerahan dan bentuk badan seperti anak dara, memang tak dinafikan DIVA sendiri terkejut mengetahui usia sebenarnya.
Nak kekal cantik dan awet muda senang sahaja. Apa yang Che Puan Sarimah titik beratkan adalah gaya hidup yang sihat. Tapi apa yang DIVA perasan untuk Che Puan Sarimah sangat menitikberatkan senaman.
Mungkin ini kunci utamanya untuk kekal cantik kan?
Rajin Bersenam Rahsia Kekal Awet Muda
Dipetik daripada NONA, Che Puan Sarimah mendedahkan beliau percaya untuk menjadi seorang wanita yang cantik mestilah kena rajin bersenam.
Secara saintifiknya, bersenam dapat membuatkan seseorang itu kelihatan lebih muda dan segar. Ini kerana bersenam akan mengeluarkan peluh. Dan peluh pula mengandungi toksin yang boleh sebabkan banyak penyakit dalam badan.
Bagi Che Puan Sarimah, penting untuk beliau bersenam setiap hari. Jadi untuk pastikan bersenam, beliau akan habiskan masa di gim. Bergantung pada harinya dan jadual, dia akan melakukan senaman sama ada cardio, senaman berat atau ringan mahupun pilates.
“Saya tiada trainer, saya train diri sendiri dengan basic workout;
- Treadmill: HITT lari 2 minit, jalan 2 minit. Ulang 6 kali.
- Band workout: 15 kali ulangan x 3 pusingan arm workout attach to wall and pull like rowing for triceps, hold both and sit back into squats and curl arms
- Berat: 5kg, 15×3 bucep, triceps dan lunge dips
- Ball: Side crunches, hold weights dan crunches 20×5
Manakala dipetik daripada Mingguan Wanita pula, Che Puan Sarimah berkongsi beberapa tips kecantikan lain selain daripada bersenam iaitu;
- Pastikan makan makanan yang berkhasiat dan cukup untuk keperluan badan.
- Ambil Vitamin D untuk kebaikan tulang yang sihat dan kekalkan kulit yang cantik .
- Jangan aplikasikan foundation secara terus ke muka menggunakan tangan, pastikan ada berus atau span.
- Gunakan mekap yang nipis dan tidak terlalu tebal untuk elak daripada tersumbat dalam liang pori.
- Pastikan tidur dengan cukup, sekurang-kurangnya 7-8jam sehari.
- Pastikan berjalan setiap hari untuk keluarkan peluh dan segarkan badan.
Memang tak hairanlah kenapa makin cantik dan awet muda jika Che Puan Sarimah suka bersenam dan amalkan gaya hidup sihat.
Jadi kamu pula jangan lupa mencuba tips yang dikongsi oleh Che Puan Sarimah ye!