Memang menakjubkan apabila pereka fesyen, Glenn Martens berjaya hasilkan satu pertunjukan fesyen yang hebat! Menggunakan pengetahuannya yang meluas tentang denim, Glenn menghasilkan koleksi Musim Luruh/Sejuk 2022 Diesel.
Untuk koleksi ini, dia telah menggunakan pelbagai elemen pop, seks dan lebih banyak kilauan seperti awal tahun 2000. Lihat di bawah;
Glenn yang memasukkan elemen Y2K dalam koleksi ini, menggabungkan setiap material dengan avant-garde. Daripada pakaian sehinggalah tali pinggang yang diubah menjadi micro-mini skirt iaitu alternatif kepada set skirt Miu Miu.
Manakala untuk seluar jeans pula, Glenn mengekalkan potongan rendah memandangkan ia bakal menjadi trending untuk tahun ini. Tapi potongan menjadi lebih rendah untuk mempamerkan bahagian tengah badan, relaxed fit dengan mencipta siluet yang lebih maskulin.
Dalam koleksi ini juga kamu boleh melihat pelbagai item seperti gaun, sneakers, snappy trucker caps, reversible quilted jackets, beg galas kulit dan beg silang yang mempunyai logo Diesel.
Unik kan?