Wanita ini pernah memenangi mahkota Miss World pada tahun 1994. Malah mendapat julukan salah seorang wanita tercantik di dunia suatu ketika dahulu. Aishwarya Rai sekarang sudah meniti usia 50-an tapi masih cantik berseri.
Kata isteri kepada Abishek Bachan ini, dia tidak hanya menitik berat soal penjagaan wajah dan badan semata, rambut juga penting. Pernah berkongsi petua tradisi di Vogue India, kata Aishwarya dia percaya avocado superfood terbaik!
“Saya merasakan sangat penting untuk menyuburkan rambut dengan kerap. Dan minyak pati adalah kepuasan terbesar saya. Pemakanan yang sihat turut penting, kerana apa yang kamu makan mempunyai kesin langsung pada kulit dan rambut.
“Badam, minyak kelapa, telur, zaitun, susu, madu, mayonis dan avocado antara ramuan pek yang saya buat sendiri untuk kecantikan wajah dan rambut,” jelasnya.
Cara cepat rawat rambut kering yang tidak sihat
Campurkan avocado yang dilenyekkan dengan kuning telur dan urut pada kulit kepala dan keseluruhan rambut anda. Ia kaya dengan vitamin A dan E yang penting untuk menyuburkan rambut dari dalam dan luar. Avokado kaya dengan kalium dan magnesium, yang membantu menutup sel kutikel, menjadikan rambut kelihatan sangat berkilat.
- Foto – Stylecraze
Selamat beramal!