Terletak di Bangsar Shopping Centre (BSC), restoran, bar dan bistro LUCA telah dibuka sejak 9 Februari 2022 yang lalu.
Di LUCA, pelanggan dapat menikmati suasana makan kasual dengan pelbagai hidangan makanan dan wain yang terkini serta berkualiti. Manakala antara menu hidangan yang ditawarkan adalah makanan Eropah dan Utara India.
Info menarik:
LUCA menyediakan 50 jenis wain terutamanya dari Perancis dan Itali, yang sesuai digandingkan dengan pinggan keju potongan khas atau tapas Eropah.
IKLAN
Menerusi suasana mesra di LUCA, pelanggan boleh nikmati hidangan mereka di dua bahagian berbeza. Pertamanya adalah ruang makan utama. Ruangan ini diselesakan dengan hiasan yang elegan untuk bolehkan majlis makan kasual berlangsung.
Ruang bahagian yang kedua pula adalah kawasan bar dan tempat duduk luar. Di sini pelanggan boleh menikmati suasana yang lebih privasi seperti pub yang santai.
Untuk pengetahuan kamu, LUCA adalah usaha niaga The Olive Tree Group yang berjaya menggondol pelbagai anugerah termasuk SME of The Year oleh SEBA.
Untuk maklumat atau pertanyaan lanjut, anda boleh layari Facebook dan Instagram LUCA.