Sebelum menjadi duta DIOR, BLACKPINK Jisoo sendiri adalah peminat tegar beg jenama mewah Perancis tersebut.
Tak kiralah pergi ke majlis anugerah, lapangan terbang atau keluar secara santai, pasti beg tangan DIOR menjadi pilihannya.
Disebabkan oleh itu, DIVA kongsikan enam beg tangan DIOR yang sering dilihat bersama Jisoo. Scroll di bawah;
Medium Lady DIOR
Pertama kali direka untuk Puteri Diana, beg tangan Lady DIOR ini mempunyai pelbagai saiz dan warna. Yang paling Jisoo kerap memakai adalah Medium Lady Dior dalam rona merah ceri.
DIOR Bobby Bag
Beg DIOR Bobby ini merupakan beg yang sering dipakainya ketika mahu bergaya kasual. Yang menariknya sebaik sahaja beg ini dikeluarkan, ianya telah habis dijual.
DIOR Saddle Bag
Dikenali sebagai salah satu beg klasik DIOR, beg ini popular kerana bentuknya seperti saddle iaitu pelana kuda yang digabungkan dengan stirrup (rakap) yang menunjukkan logo “CD”.
Medium DIOR Caro Bag
Dilancarkan pada Musim Bunga 2021, beg tangan Caro ini menggunkana rantai logam sebagai komponen utamanya. Bagi Jisoo pula, dia gayakan beg tangan ini dengan pakaian kasual sahaja.
DIOR Street Chic Trotter Bag
Untuk gaya kasual dan fesyen Y2K, Jisoo telah mengenakan beg Street Chic Trotter yang menggunakan siluet dan kulit yang berwarna merah jambu bubblegum.
Medium Lady D-Lite Embroidery
Sesuai dengan personaliti femininnya, Jisoo menggayakan beg tangan khas daripada koleksi Cruise 2021 ini dengan gaun putihnya.
Beg tangan ini diinspirasikan oleh kawasan desa di Apulian iaitu menampilkan sulaman motif bunga raya DIOR.
Percaya tak kalau DIVA katakan setiap kali Jisoo gayakan beg tangan DIOR, beg tersebut akan mendapat lonjakan dalam jualan?