Sekali pandang wajah Tengku Azura ni, macam ala-ala Kate Moss pula ye…
Ramai yang beranggapan bahawa model terkenal iaitu Tengku Azura kini tidak lagi terlibat dalam dunia peragaan.
Salah sebenarnya. Tengku Azura masih lagi terlibat dan aktif walaupun dia sudah mengenakan hijab sekitar lima ke enam tahun yang lalu.
Sebelum mengenali model ini dengan lebih lanjut, DIVA nak tahu masih ada ke yang tak kenal dengan Tengku Azura?
Seorang Gadis Biasa Sebelum Bergelar Model
Berasal daripada Terengganu, Tengku Azura hanyalah seorang gadis biasa. Tetapi setelah disunting oleh Cilla Foong iaitu agensi permodelan, bakat Tengku Azura digilap hari demi hari.
“Saya adalah tomboy dahulu tapi bila diberi peluang jadi model, memang saya tidak tahu tentang industri ini. Saya tak pernah ada dan pakai kasut tinggi. Tapi saya perlu pakainya ketika latihan. Cilla yang tahu tentangnya, terus belikan sepasang kasut tinggi untuk saya. Itu kasut pertama saya!”, kongsinya dalam salah satu temu bual dengan GLAM.
Setelah berkecimpung dalam industri permodelan dan melakukan peragaan di luar negara untuk Tom Abang Saufi, nama Tengku Azura mula jadi perhatian.
Dari tahun 2000-2001, jenama mewah Perancis iaitu Christian Dior memanggilnya untuk menjadi model jenama tersebut. Sejak daripada itu, dia ditawarkan pekerjaan di luar negara.
Lebih Yakin Sebagai Model Hijabis
Menjadikan model Halima Aden sebagai role modelnya, Tengku Azura mendedahkan dia lebih yakin untuk tampil dengan hijab.
Dia yang memiliki personaliti yang ringkas berkata hijab membuatkannya berasa lebih selamat dan tenang. Malah dia juga yakin model hijabis mampu bersinar seperti model-model lain dalam dunia peragaan.
Biodata Tengku Azura;
- Nama sebenar: Tengku Azura Tengku Awang
- Kerjaya: Model (sejak tahun 1993)
- Asal: Terengganu (dibesarkan di Kuala Lumpur)
- Tarikh lahir: 9 Disember 1975
- Anugerah: Mifa Model Of The Year (2002) dan Model Of The Year oleh STYLO (2010)