Setiap kali adik beradik ini muncul untuk sesuatu kempen pasti akan menjadi buah mulut orang, dan mulalah nama mereka trending.
Terkini, Bella dan Gigi Hadid tampil tanpa seurat benang untuk kempen Versace baharu yang membara. Bergambar bogel sambil menutup diri mereka dengan hanya sambungan rambut paras pinggang dan beg tangan yang diletakkan secara strategik, menutupi bahagian intim mereka.
Memainkan tema Adam dan Hawa, mereka berdua kelihatan memegang sebiji epal sambil seekor ular merayap ke atas kaki Bella.
Dilaporkan, Gigi dan Bella bergabung untuk kempen musim bunga 2022 bersama Versace, malah turut bergambar dengan pereka Donatella juga.
Kempen berkelas itu diambil oleh jurugambar duo Mert Alas dan Marcus Piggott.