Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Timbul Pula ‘Lip Flip’, Suntikan Botox Pada Cupid Bow Dengan Hasil Serta-Merta

by Lisa AG
February 18, 2022
Foto - Instyle

Foto - Instyle

42
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Nampaknya bibir tebal yang penuh terus menjadi pilihan setiap wanita. Rawatan botox secara halus ini boleh mencipta ilusi bibir tebal dan penuh, serta menggiurkan.

Jika anda mencari rawatan estetik secara ringan untuk meningkatkan senyuman, maka lip flip mungkin pilihan rawatan yang bagus untuk anda. Lip flip sangat menjimatkan kos dan masa, yang berfungsi untuk memberi garisan semula jadi dan kelengkungan bibir anda, menggebukan bibir atas yang menawarkan hasil serta-merta.

Lip flip, suntikan botox kecil pada bibir atas

Suntikan lip flip melibatkan beberapa unit botox di sepanjang otot bibir atas, berhampiran sempadan, untuk menjadikan bibir kelihatan lebih penuh. Ini menghasilkan bibir atas yang lebih penuh, gebu, tetapi kelihatan semula jadi, membentuk cupid bow yang lebih jelas.

Foto – FB @PerfectlipsbeautyDoc.1

Semasa prosedur lip flip, akan menyuntik sejumlah kecil neurotoksin pada bibir atas. Setelah disuntik, neurotoksin itu melegakan otot orbicularis oris (bahagian otot di bibir atas), menyebabkan bibir naik sedikit di atas dan kelihatan lebih tebal.

“Prosedur akan mengambil masa lima hingga 10 minit. Suntikan boleh menyengat sedikit, tetapi rasa sakit itu berkurangan selepas beberapa saat.

Dipetik dari Womens Health, suntikan ini juga boleh membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan di sekitar mulut buat sementara waktu.

Foto – Womens Health

Selepas rawatan, anda tidak boleh menyentuh, menekan atau melakukan apa-apa yang boleh merengsakan kawasan selama sekurang-kurangnya beberapa jam. Anda juga mungkin kena berpantang makanan, boleh rujuk doktor apa yang patut dan elak.

Lip flip tidak menampakkan perubahan drastik pada bibir, memandangkan ia fokus pada bahagian cupid bow. Hasilnya agak halus tapi masih bibir atas anda akan kelihatan lebih cantik dan penuh daripada biasa.

BACA:  "Bibir Dah Macam Donald Duck" - Wajah Baru Victoria Beckham Kejutkan Peminat

Kerana prosedur ini memerlukan sejumlah kecil neurotoksin, hasilnya biasa bertahan tiga hingga empat bulan.

FILED UNDER bibir tebalbotoxcupid bowlip flip
Share17SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  3. 3

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.