Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Si Kacak “All of us are Dead” Park Solomon Rupanya Orang Uzbekistan, Ini Fakta Menarik

by Lisa AG
February 17, 2022
Foto - IG @lomon991111

Foto - IG @lomon991111

30
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Dah tonton siri zombi paling hangat sekarang “All of us are Dead”? Sejak dilancarkan pada 28 Januari, siri Korea Selatan ini berjaya memasuki senarai 10 teratas di 91 negara. Popularitinya sudah setanding dengan Squid Game dan akan terusan trending.

Walaupun barisan pelakonnya masih baru tapi mereka berjaya membawanya dengan cemerlang, malah berjaya melahirkan beberapa bintang yang berbakat seperti Park Solomon.

View this post on Instagram

A post shared by Lomon 991111 (@lomon991111)

Diminati ramai kepada rupa paras kacak, Park yang menggunakan nama pentas Lomon memainkan salah satu watak utama Lee Su-Hyeok. Dia merupakan seorang budak jahat yang telah berubah yang mempunyai banyak adegan aksi bersama zombi.

Lahir Di Uzbekistan, Besar Di Rusia

Dipetik dari Mothership, jejaka 22 tahun itu dilahirkan di Uzbekistan, di mana ibu bapanya dibesarkan di negara itu sebagai Koryo-in.

“Memang benar saya dilahirkan di Uzbekistan dan saya adalah keturunan Koryo-in dan saya juga orang Korea. Saya tidak pernah merasakan bahawa saya adalah sebahagian daripada keluarga pelbagai budaya di Korea.”

View this post on Instagram

IKLAN

A post shared by Lomon 991111 (@lomon991111)

Dia juga tinggal di Rusia selama beberapa tahun. Walaupun dilahirkan dan dibesarkan di negara yang berbeza, dia mengenal dirinya sebagai orang Korea. Dia dan keluarganya berpindah ke Korea Selatan ketika dia berumur 12 tahun.

Nota : Koryo-in diterjemahkan kepada “orang Korea” dan merujuk kepada etnik Korea di negara pasca-Soviet.

Telah Berlakon Sejak 15 Tahun

Walaupun siri zombi itu yang telah membantunya mencapai pengiktirafan antarabangsa, Park telah berlakon sejak berusia 15 tahun.

View this post on Instagram

A post shared by Lomon 991111 (@lomon991111)

Dia debut dalam drama bersiri “Bride of the Century” pada 2014 dan semakin terkenal pada 2017 selepas memainkan watak utama dalam “Sweet Revenge”.

Berbekalkan visual menarik dengan fizikal kurus dan tinggi lampai, tidak hairan Lomon akan dipanggil mewakili jenama mewah.

Tags: all of us are deadNetflixpark solomon
Share12SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Si Kacak “All of us are Dead” Park Solomon Rupanya Orang Uzbekistan, Ini Fakta Menarik

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.