Tak dinafikan memang ramai yang teruja termasuklah DIVA bila melihat kempen Calvin Klein kali ini.
Dalam kempen Musim Bunga 2022 oleh jenama ini, ada BLACKPINK Jennie dan beberapa nama besar lain yang turut membintanginya.
Jennie yang berkongsi klip video dan foto kempen di Instagramnya, mempamerkan 136 individu termasuk dirinya sedang mempamerkan beberapa pakaian seperti pakaian dalaman.
Info:
Kempen Musim Bunga 2022 yang diberi nama “All Together” ini bertemakan rakan dan keluarga. Menurut Calvin Klein, kempen ini mengetengahkan perkongsian dalam komuniti kerana tiada apa yang berbaloi jika memiliki seorang diri.
Menerusi kempen yang dikongsi itu, ramai yang tertarik dan memuji susuk badan Jennie yang agak seksi.
Untuk koleksi Musim Bunga 2022, Calvin Klein telah mengeluarkan pelbagai jenis pakaian. Antaranya pakaian dalaman, baju midriff, crop tops, pakaian jalanan dan oversized denim. [BELI DI SINI]
Lihat kempen Musim Bunga 2022 Calvin Klein yang dibintangi oleh BLACKPINK Jennie dan yang lain di bawah;