Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Minyak Wangi & Personaliti? Jom Pilih Yang Betul & Sesuai

by Soph.Azz
February 16, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

61
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Percaya tak kalau DIVA cakap secara teknikalnya kita akan memilih minyak wangi berdasarkan personaliti sendiri?

Sebenarnya betul! Pemilihan minyak wangi yang tepat dan sesuai mengikut personaliti akan berikan keyakinan pada si pemakai.

Bukan itu sahaja, keserasian dengan minyak wangi tersebut juga akan menyerlahkan aura si pemakai. Jadi bagaimana nak tahu minyak wangi apa yang sesuai dengan personaliti kamu?

Jom semak di bawah;

Klasik 

Memakai bau-bauan seperti bunga segar dan aldehyde akan menjadikan diri si pemakai sebagai seorang yang lebih berkeyakinan, berdikari dan profesional.

Cadangan minyak wangi: 

Byredo Blanche EDP [RM665.08/50ml] | Chanel N°5 EDP [RM480/50ml]

Foto – Byredo / Chanel

Psst… Siapa yang sukakan bauan ini sebenarnya memiliki sisi kecantikan yang klasik tau!

Tenang & Santai 

Bagi individu yang memiliki personaliti yang tenang dan santai, minyak wangi yang memiliki bauan seperti woody dan aromatik akan jadi pilihan mereka.

Cadangan minyak wangi: 

Chanel Chance Eau Fraîche EDT [RM405/50ml] | Serge Lutens Gris Clair EDP [RM570.17/100ml]

Foto – Chanel / Serge Lutens

Bau-bauan ini secara tidak langsung akan membuatkan orang sekeliling menjadi tenang, selesa dan gembira dengan kehadirannya.

Dramatik 

Miliki personaliti yang dramatik kebiasaannya adalah orang yang suka tampil berani dan sentiasa mengujakan.

Cadangan minyak wangi: 

Yves Saint Laurent Opium EDT [RM435.24/90ml] | Viktor & Rolf Flowerbomb Nectar EDP [RM732.37/90ml]

Foto – YSL / Viktor&Rolf

Jadi untuk wangiannya pula, mereka akan lebih memilih bauan seperti oriental, amber dan bunga yang mempunyai bau eksotik.

Feminin 

Kebanyakan wanita yang memiliki personaliti yang feminin akan memilih bau-bauan yang diekstrak daripada bunga-bunga. Ini kerana bauan seperti ini akan tonjolkan kelembutan dan sifat sopan mereka.

Cadangan minyak wangi: 

Roja Parfums Elixir Pour Femme EDP [RM1276.19/100ml] | Pierre Bourdon Iris Poudre EDP [RM1653.67/100ml]

Foto – Roja Parfums / Frederic Malle

Elegan & Chic 

Wanita yang miliki personaliti elegan atau chic mesti akan mempunyai impian dan cita-cita yang tinggi dalam hidupnya. Bukan itu sahaja, personaliti ini menggambarkan individu tersebut sangat bersemangat dalam apa yang dilakukannya tanpa perlu menunjuk pada orang lain.

Cadangan minyak wangi: 

Chanel N°19 EDP [RM680/100ml] | Ex Nihilo French Affair [RM1235.53/100ml]

Foto – Chanel / Ex Niholo

Bagi wanita berpersonaliti begini akan memilih bau-bauan seperti chypre iaitu wangian yang kering dan mossy wood style.

Jadi apa personaliti kamu?

FILED UNDER jenama perfume mahalminyak wangi dan personaliti
Share24SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.