Berita baik untuk peminat dan pengumpul Mercedes-Benz!
Kini Cycle & Carriage telah memperkenalkan pop-up store pertamanya iaitu Mercedes-Benz Shop & Go di 1 Utama.
Pop-up store yang dibuka sehingga 26 Februari 2022 ini menjual pelbagai barangan berjenama Mercedes. Antaranya adalah kemeja-T, beg, jam tangan, topi dan payung yang menampilkan logo bintang 3 bucu.
Sambil membeli belah dan mengumpul barangan jenama ini, pembeli boleh menikmati diskaun sehingga 30%. Pada masa yang sama jangan terlepas daripada menerima hadiah percuma dengan pembelian.
Selain menemui pelbagai jenis barangan berjenama Mercedes-Benz di pop-up store ini, pengunjung juga boleh melihat dan membeli Mercedes-Benz GLC 2022 dalam Crystal Carmine Red yang dipamerkan sempena Tahun Baru Cina.
Bermula sekarang sehingga 26 Februari 2022:
Mercedes-Benz Shop & Go dibuka pada 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari. Lokasinya terletak di Level G, 1 Utama Shopping Centre (New Wing).
Untuk maklumat lanjut tentang Mercedes-Benz Shop & Go ‘pop-up store’, lawati akaun Facebook dan Instagram rasminya.