Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Apa Kena-Mengena Grace Kelly Dengan Beg Tangan Ikonik Hermès Kelly?

by Lisa AG
February 15, 2022
Foto - Sothebys

Foto - Sothebys

18
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Hermès Birkin dinamakan sempena Jane Birkin, macam mana pula dengan ‘kakak’ Birkin iaitu Hermès Kelly?

Lebih elegan dan sofistikated, Hermès Kelly, dahulunya dikenali sebagai sac à main pour la dame, yang diterjemahkan kepada “beg untuk wanita”.

Dilahirkan pada tahun 1930-an, reka bentuk itu terkenal dengan struktur trapezoid dan pemegang atas yang kukuh benar-benar menunjukkan kewanitaan.

Foto – Sothebys

Tapi kenapa beg ikonik itu dikaitkan dengan Grace Kelly? Dipetik dari Tatler Asia, pada tahun 1954, pereka pakaian filem To Catch a Thief telah diberi kebenaran untuk mendapatkan beberapa barangan daripada Hermès untuk dipakai bakal puteri permaisuri Monaco, Grace Kelly.

Grace Kelly Guna Hermès Sebagai ‘Alat’ Untuk Tutup Baby Bump

Kelly pada ketika itu dikenali sebagai “American Sweetheart” telah bertemu dengan putera raja dari Monaco, Putera Rainier III ketika Festival Filem Cannes.

Dipendekkan cerita, apabila Grace Kelly sedang hamil anak pertamanya, dia menjadikan beg tangan Hermès sebagai ‘alat’ untuk menutup baby bump dalam usaha untuk kekal sebagai peribadi yang mungkin.

Foto – Getty

Gambar tersebut dijadikan muka depan majalah Life, menjadi viral dan orang ramai dengan penuh hormat merujuk beg itu sebagai “The Kelly”. Selepas itu, Hermés secara rasmi menamakan beg itu sebagai penghormatan kepadanya pada tahun 1977.

18 Hingga 20 Jam Untuk Siap

Setiap beg yang diidam-idamkan itu mengambil masa antara 18 hingga 20 jam untuk dibuat, bergantung kepada kepakaran tukang yang membuatnya, di tangan siapa beg itu akan kekal dari awal hingga akhir.

Foto – The New York Times

Dibuat daripada 36 keping kulit, 20 meter benang dan 680 jahitan yang dijahit tangan sepenuhnya, sebab itulah ia sangat mewah dan eksklusif sehingga kini.

BACA:  Ini Caranya Nak Beli Beg Birkin, Menurut Pakar

Dilaporkan, tradisionalnya beg Kelly mempunyai dua gaya, iaitu retourné dan sellier. Apabila diperhatikan secara bersebelahan, perbezaan halus antara cara ini dibuat memberi kesan yang besar.

FILED UNDER grace kellyhermeshermes birkinHermès Kelly
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.