Satu lagi teknik nak menaikkan seri wanita adalah highlighter! Ya, bila anda sapu ke bahagian tulang pipi, lihat perubahan yang diberi, rupa anda kelihatan lebih berseri dan bersinar-sinar seperti terpancar cahaya keimanan.
Kalau anda nak cari highlighter yang terbaik, nah DIVA kongsikan jenama yang satu ini. Highlighter ini memang ramai orang obses dan tular di media sosial, pernah dengar ‘Charlotte Tilbury Beauty Light Wand’?
- Foto – Charlotte Tilbury
Memberikan kemasan yang segar dan dewy, sebab itu Charlotte Tilbury Beauty Light Wand tular di TikTok dan kemudian laku keras.
Selepas sapu pada bahagian atas tulang pipi, tepuk dengan hujung jari supaya tak comot dan sekata. Ia akan memberikan kilauan yang sangat halus seakan-akan dewy yang tiada tandingan.
@charlottetilbury My DARLING #PhoebeDynevor wearing my BEAUTY LIGHT WAND in Spotlight ✨💫 #CharlotteTilbury
“Formula ini diselitkan dengan gel untuk rupa yang kelihatan ‘basah’ supaya nampak berkilauan dengan sendirinya. Trik saya ialah sapukan pada seluruh tulang pipi dengan aplikator kusyen dan sebati dengan hujung jari. Mudah dan memang berkesan, solekan akan nampak lebih cantik berseri dan segar,” jelas Tilbury sendiri.
@rudiberry Reply to @mirandacuneo full face with all 4 wands??? Why not 🤷🏻♀️ @Charlotte Tilbury #contourwand #pinkgasm #charlottetilburywands #viralmakeup
Itulah rahsia selebriti nampak glowing dan cantik di karpet merah. Anda pun boleh cuba sendiri dengan membelinya di Sephora.