Queen of fashion?
DIVA memang kagum bila scroll Instagram Daiyan Trisha. Selain memiliki gaya estetik tersendiri, penyanyi ini juga ‘terer’ berfesyen. Bukan itu sahaja Daiyan juga tahu gaya dan warna apa yang sesuai, bertepatan dengan personaliti dirinya.
Disebabkan oleh itu tak hairanlah jika ada jenama besar seperti Dior, Louis Vuitton dan banyak lagi yang menyuntingnya untuk memperagakan barangan mereka.
Jom DIVA kongsikan penampilan Daiyan yang paling menarik dan bergaya!
Atas sampai bawah, semuanya dari Christian Dior.
Nampak muda seperti remaja dengan beg tangan daripada Louis Vuitton dan pumps dari Balenciaga X Gucci.
Serba serbi persalinan dan aksesori daripada jenama mewah Itali, Versace.
Pakaian daripada Ralph Lauren buatkan Daiyan kelihatan lebih comel dan bergaya!
Mix and match warna merah jambu dan Valentino.
Tampil lebih kasual dengan jenama Dior.
Hitam dan putih milik Louis Vuitton, gabungan serasi untuk tampil girlish dan boyish dalam satu masa.
Potongan seluar tidak simetri dipadankan dengan beg Dior, memang nampak stail!
Loewe serlahkan kecantikan dan sisi feminin Daiyan.
Padanan baju bercorak dan seluar jeans dua ton tak pernah salah! Nak nampak lebih cantik, tambah beg Dior okay?
Banyak sangat sampaikan tak tahu nak pilih mana satu paling cantik!