Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Kolaborasi LILIT. x Nurita Harith Penuh Dengan Elemen Sentimental Yang Menggamit Jiwa

by Lisa AG
February 14, 2022
Foto - LILIT. x Nurita Harith

Foto - LILIT. x Nurita Harith

20
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Apa pembaharuan yang diberikan oleh LILIT. bila berkolaborasi dengan Nurita Harith?

Selaras dengan musim perayaan yang bakal tiba, LILIT. meraikan projek kerjasama pertamanya bersama pereka fesyen tempatan terkenal, Nurita Harith.

Koleksi “Slightly Sentimental” diberi tajuk sempena nilai sentimental Nurita ketika dia berasa paling gembira, iaitu di tepi pantai melihat matahari terbenam di Cape Town.

Foto – LILIT. x Nurita Harith

Koleksi Pre-Eid itu menampilkan top, bottom, dress, hijab dan beg tangan, yang dipenuhi dengan warna, cetakan dan tekstur, menggambarkan ketenangan laut sambil merasai kebebasan dan kebahagiaan.

“LILIT. dan Nurita berkongsi visi yang sama, yakni untuk menggalakkan pelanggan kami mempunyai pandangan hidup yang bertenaga dan kami ingin menyatakan semangat itu bersama-sama.

IKLAN

“Kita semua sudah lama mendambakan untuk melancong bertemu orang tersayang, terutamanya semasa musim perayaan. Norma yang dahulu kini telah menjadi satu keistimewaan dan dengan koleksi ini, kami ingin mengingatkan pelanggan kami untuk mengenang hari-hari lama mereka dan menantikan yang lebih baik,” kata Shasha Sekharan, Pengurus Pemasaran LILIT.

“Apabila saya memikirkan masa saya paling lapang dan paling gembira, saya terfikir masa saya menyaksikan matahari terbenam yang indah di luar dunia di Cape Town.

“Diilhamkan oleh perasaan sentimental untuk ingatan itu, saya ingin mencipta koleksi yang boleh mencetuskan kegembiraan, menggalakkan cinta diri dan menyemarakkan semangat dalam diri untuk semua wanita,” kata Nurita Harith, Pereka Fesyen.

Foto – LILIT. x Nurita Harith
Foto – LILIT. x Nurita Harith

LILIT. x Nurita Harith boleh didapati di www.lilitstore.com atau aplikasi LILIT. yang dilancarkan baru-baru ini.

Tags: lilit.LILIT. x Nurita Harithnurita harith
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Kolaborasi LILIT. x Nurita Harith Penuh Dengan Elemen Sentimental Yang Menggamit Jiwa

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.