Bukan senang nak menyerah wajah kita sepenuhnya pada orang lain. Tambah-tambah lagi bila nak upah jurusolek untuk solekkan wajah kita.
Jika dapat yang kurang berprofesional, memang risau dengan hasilnya! Untuk elakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku, DIVA senaraikan jurusolek popular dan terbaik di Malaysia.
Bia gunakan khidmat mereka, confirm jatuh cinta dengan hasilnya. Semak di bawah;
Khir Khalid
Terkenal dengan signature smokey eyes, Khir Khalid boleh dikatakan menjadi pilihan utama setiap orang terutamanya para pengantin.
Selain itu daripada pengantin, pelanggan Khir Khalid juga terdiri daripada kerabat diraja, selebriti dan usahawan terkenal.
Syed Faizal
Menjadi idaman setiap orang, Syed Faizal mempunyai kelebihan dalam solekan. Menerusi kepakarannya, dia berkebolehan untuk menyerlahkan wajah seseorang untuk kelihatan lebih manis dan feminin.
KF Bong
Kreatif dan solekan yang berbeza daripada orang lain, tak hairanlah kenapa nama KF Bong menjadi terkenal dalam industri fesyen dan solekan.
Syedewa
Tak asing lagi dalam bidang solekan, Syedewa terkenal dengan kepakarannya yang tidak menggunakan banyak warna pada wajah pelanggannya.
Dengan hasil tangannya sendiri, dia mampu meyerlahkan kecantikan pelanggannya secara semula jadi.
Alha Alfa
Menjadi kegemaran selebriti Malaysia, Alha Alfa pernah tular kerana bakatnya yang menukarkan wajah seseorang menjadi seperti patung Barbie.
Tiar Zainal
Perasan tak kebanyakan selebriti dan model berubah sepenuhnya menjadi lebih cantik dengan sentuhan Tiar Zainal? Selain selebriti Malaysia, Tiar juga terkenal di kalangan selebriti luar negara kerana kepakarannya.
https://www.instagram.com/p/B4oSo6XltQw/
https://www.instagram.com/p/B4zZSb-lJ8e/
Bukan itu sahaja, Tiar juga memiliki jenama kecantikan sendiri iaitu TiarZainal Beauty yang membantu pelanggannya untuk mendapatkan hasil solekan yang tiptop di rumah.
Bosco Ryzal
Nabila Huda, Neelofa, Datin Alyah dan ramai lagi merupakan selebriti yang sering disolek oleh Bosco Ryzal.
Terkenal dengan solekan bold dan daring, tak hairanlah kenapa dia terkenal dalam kalangan selebriti yang mahu tampil berbeza daripada yang lain.
Semua cantik-cantik! Agak-agak, yang mana satu jadi pilihan kamu?