Rupa yang pucat dan kusam boleh diserikan dengan mengoles gincu bibir. Orang kata gincu bibir adalah penaik seri terbaik untuk setiap wanita. Tak perlu nak bersolek beria-ia, kenakan gincu yang betul… wow, andalah paling cantik berseri pada hari itu.
Jikalau anda ingin meniru rupa ikonik Rihanna, oles sahaja gincu bibir keluaran diva ini.
- Foto – Fenty Beauty
“Gincu adalah penukar permainan segera – ia boleh menukar keseluruhan penampilan saya serta-merta. Warna Fenty Icon baharu adalah warna neutral dan merah terbaik yang kelihatan cantik pada semua orang, ianya berasa sangat berkrim dan selesa.” – Rihanna
7 Neutral & 3 Merah
Fenty Icon Refillable merupakan separa matte, dicipta untuk menyerlahkan penampilan setiap hari. Rihanna mereka setiap warna dengan berpigmen tinggi, rendah penyelenggaraan dan neutral yang sempurna untuk semua. Dengan julat 7 neutral dan 3 merah, semua orang boleh mencari warna yang sesuai dengan mood mereka.
- Foto – Fenty Beauty
Hanya dalam satu sapuan, Fenty Icon memberikan pigmen tinggi dengan rasa ringan untuk kesan warna penuh. Formula separa matte dan berkrim dengan tekstur licin, mewah dan pemakaian ikonik yang berkekalan, semuanya dalam bau vanila-pic kegemaran Rihanna.
Formulanya menggabungkan asid hyaluronik untuk kesan lembapan, vitamin C & E untuk khasiat, dan teknologi asid amino untuk memberikan bibir tekstur mewah yang moden.
Lagi yang menjadikan gincu ini istimewa adalah bentu gincu diilhamkan oleh cupid bow Rihanna yang ikonik menjadikan ia sentuhan paling peribadi.
Fenty Beauty Fenty Icon Refillable boleh didapati di Sephora.my dan di kedai mulai 17 Februari 2022. Dijual pada harga Fills (RM102) dan Case (RM60) secara berasingan.