Kadang kala mesti akan timbul rasa tak yakin nak gayakan baggy jeans. Biarlah ada banyak helai dalam almari, kalau nak pakai sahaja mesti akan jadi malu dan kurang berkeyakinan.
Jangan risau okay! Kalau agak-agak kurang berkeyakinan atau tak tahu nak gayakan baggy jeans supaya nampak lebih stail dan fancy, cuba kamu tiru BLACKPINK Jennie.
Bukan sahaja boleh nampak bergaya dengan pakai baggy jeans, malah fesyen kamu akan kelihatan lebih eksklusif.
Lihat di bawah;
# Stail 1
Gayakan baggy jeans dengan crop top kegemaran kamu. Seperti Jennie, dia mengenakan cropped-top vintaj daripada jenama Chanel dan baggy jeans berwarna hitam.
# Stail 2
Gabungkan baggy jeans berwarna biru lembut dengan cardigan serta baju T berwarna putih seperti Jennie. Jangan lupa lengkapkan gaya kamu dengan sneakers pilihan.
# Stail 3
Tampil polos dengan baggy jeans berona biru lembut dengan cropped-top berwarna putih. Kemudian kenakan cardigan panjang berwarna terang seperti Jennie yang memakai cardigan Chanel yang berona merah.
# Stail 4
Gaya Jennie nampak lebih kasual apabila dia memadankan baggy jeans bersama dengan plaid cardigan yang senada dengan bralette. Ingat, jangan pula butangkan cardigan kamu ye.
# Stail 5
Nak nampak lebih manis? Cuba gabungkan baggy jeans dengan bow tank top yang berwarna senada. Kemudian padankan dengan beg tangan mini serta kasut tumit tinggi atau sneakers kegemaran.
# Stail 6
Jennie pilih mengenakan baggy jeans berwarna gelap, cropped knit dan rantai leher mutiara. Nampak sangat minimalis fesyennya!
# Stail 7
Jangan ketinggalan untuk gaya double denim. Gayakan printed baggy jeans dengan jaket denim, confirm nampak cool!
# Stail 8
Jennie beri tips untuk nampak chic! Padankan baggy jeans pilihan kamu dengan prim jacket dan chunky boots.
Cadangan baggy jeans yang kamu perlu ada:
-
Maison Margiela Cutout High-Rise Wide Leg Jeans [RM 1979.12]
-
Balenciaga High-Rise Wide Leg Jeans [RM 3171.91]
- Alexander Wang Ruched Waist Baggy Jeans [RM 2276.41]
- Off-White Bleached Baggy Jeans [RM 4225.33]
- The Ragged Priest Crush Jean [RM 378]
- Calvin Klein Baggy Jeans [RM 589]
Kalau sudah bergaya dengan baggy jeans seperti BLACKPINK Jennie, jangan lupa kongsikan dengan DIVA okay!