Tik tok tik tok… Tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum kita menyambut Hari Kekasih!
Bila datangnya musim cinta sekali lagi, mesti ramai yang rasa seperti mula-mula bercinta dengan si dia. Tak kiralah baru setahun, dua tahun atau berpuluh tahun dalam hubungan.
Kali ini DIVA nak isikan hari kamu dan si dia dengan momen-momen yang lebih romantik, manis dan tidak boleh dilupakan. Caranya adalah menerusi Netflix!
Dengan menonton beberapa K-Drama dan K-Show berikut, confirm hubungan kamu akan lebih erat!
Dari Mata Jatuh Ke Hati…
Ramai yang tak percaya tetapi mata akan menjadi punca pertama kenapa jatuh cinta dengan si dia.
Cadangan K-Drama Netflix Yang Perlu Ditonton:
- Forecasting Love And Weather (Si Woo)
- Its’ Okay Not To Be Okay (Ko Moon Young)
Badan Yang Sasa & Cantik Jadi Pilihan
Siapa sahaja yang tak mahu pasangan memiliki bentuk badan yang mengiurkan seperti atlet dan model?
Cadangan K-Drama & K-Show Netflix Yang Perlu Ditonton:
- Twenty Five Twenty One (Yi Jin)
- Single’s Inferno (Kang So Yeon)
Manisnya Wajah Dengan Lesung Pipit
Takkan pernah boleh berpaling daripada terus menatap si dia yang miliki lesung pipit di wajah. Manis dan ketagih!
Cadangan K-Drama Netflix Yang Perlu Ditonton:
- Hometown Cha-Cha-Cha (Du Sik)
- Start-Up (Won In Jae)
Senyuman Yang ‘Membunuh’
Siapa kata senyuman tak boleh ‘membunuh’ jiwa kamu? Cuba tonton K-Drama berikut, mesti kamu boleh rasainya.
Cadangan K-Drama Netflix Yang Perlu Ditonton:
- Squid Game (Seong Gi Hun aka Player 456)
- Nevertheless (Yoo Na Bi)
Fakta: Telinga Adalah Bahagian Yang Paling Menarik!
Jangan terkejut pula ye, ada sesetengah orang rasakan telinga adalah bahagian yang paling menarik dan unik!
Cadangan K-Drama Netflix Yang Perlu Ditonton:
- Vicenzo (Jang Joon Woo)
- Hotel Del Luna (Kim Yuna)
Sambil-sambil berehat dengan si dia ketika Hari Kekasih, jangan lupa untuk tonton beberapa K-Drama dan K-Show di atas. Selamat menonton!