Masih sempat lagi kalau nak membeli hadiah untuk si dia sempena Hari Kekasih yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Kalau anda masih rungsing atau tidak ada idea untuk belikan hadiah, DIVA cadangkan anda untuk beli barangan kemas. Bukan sahaja beri memori terindah, si dia pasti akan makin sayang pada kamu.
Semak jenama barangan kemas eksklusif untuk Hari Kekasih di bawah;
Cartier
Buatkan si dia tidak melupakan rasa cinta dan sayang anda menerusi koleksi Hari Kekasih daripada Cartier.
Koleksi ini direka khas untuk melambangkan dan meraikan hubungan anda yang paling berharga. [BELI SINI]
Bvlgari
Menggunakan serpentine, jenama mewah Bvlagri menyediakan barangan kemas yang lebih baik! [BELI SINI]
Untuk koleksi Hari Kekasih kali ini, Bvlgari menggunakan bentuk seperti ular yang membawa maksud kesuburan, kelahiran semula dan keabadian.
Pandora
Tidak ketinggalan, jenama popular Pandora turut mengeluarkan koleksi Valentine’s Day. Menerusi koleksi ini, Pandora mengetengahkan simbol cinta, memori abadi dan meraikan ikatan cinta yang sejati. [BELI DI SINI]
13 Februari merupakan Hari Galentine iaitu hari untuk anda menunjukkan rasa cinta pada diri sendiri, rakan baik atau crush. Dapakan Koleksi Pandora ME untuk luahkan rasa cinta dan sayang kamu! [BELI SINI]
Swarovski
Dalam koleksi UNA, Swarovski mencipta simbol hati yang unik diperbuat daripada Swarovski Swan. Berbentuk hati yang dibina menggunakan kepala angsa bertemu menjadikan ia simbolik cinta abadi. [BELI SINI]
Tiffany & Co.
Bila ada yang ucapkan begini “Roses are red, violets are blue“, jenama barang kemas apa yang terlintas di fikiran kamu? Ya jawapannya adalah Tiffany & Co.
Untuk Hari Kekasih, Tiffany & Co. telah berkolaborasi sekali lagi dengan Curtis Kulig yang terkenal dengan signature “Love Me“. [BELI SINI]
Siap-siap untuk beli barangan kemas kegemaran si dia, pasti anda akan makin disayang!