Walaupun muka Kanye West dan teman wanita Julia Fox ‘bersepah’ di media sosial, tetapi Kim Kardashian tetap unggul dan berstatus tinggi. Lihat sahaja penampilannya sebagai muka depan Vogue edisi Mac, dia mempunyai kelas tersendiri dan high fashion!
Vogue US keluaran bulan Mac, Kim bercerita tentang mendapatkan kebahagiaan diri sendiri, pada masa yang sama menjalankan ‘tugas’ ibu bapa bersama Kanye West dalam membesarkan North 8, Saint 6, Chicago 4 dan Saint 2.
“Sejak sekin lama, saya melakukan perkara yang menggembirakan orang lain. Saya fikir dalam dua tahun lepas saya memutuskan, saya akan membuat diri saya gembira.
“Walaupun itu mencipta perubahan dan menyebabkan saya bercerai, saya rasa penting untuk jujur dengan diri sendiri tentang perkara yang benar-benar menggembirakan,” kata Kardashian dalam Vogue Mac 2022.
Kim memberitahu Vogue bahawa walaupun terdapat isu peribadi dengan Kanye, dia masih cuba menjadi ibu bapa yang baik untuk anak-anak.
“Anda mungkin sangat terluka atau marah kepada bekas anda, tetapi saya fikir di hadapan anak-anak, ia sentiasa ‘Ayah anda yang terbaik,’ ” katanya.
Selepas cerita muka depan diterbitkan, Kanye West menyiarkan foto dari penggambaran Vogue yang menampilkan anak-anak mereka, North, Saint, Chicago dan Saint dengan kapsyen, “Tuhan tolong kumpulkan keluarga kami kembali”.
https://www.instagram.com/p/CZwlf61uamF/
Untuk penggambaran Vogue, Kardashian memakai koleksi dari pelbagai pereka termasuk Burberry, Giuseppe Zanotti, Valentino dan Jimmy Choo.