Nama Eileen Feng Gu terus melonjak naik sejak menjadi juara ski semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk berlangsung di Beijing.
Pemain ski gaya bebas ini mengagumkan orang ramai dengan bakatnya walaupun baru berusia 18 tahun.
Apabila dilakukan ‘kajian’ dengan lebih mendalam, ramai yang tidak menyangka Eileen juga adalah seorang model jenama mewah antarabangsa. Jom lihat di bawah;
Selain Pemain Ski, Dia Adalah Model Yang TerkenalΒ
Menjadi model di bawah IMG Models, Eileen telah membintangi kempen jenama fesyen mewah seperti Fendi, Gucci, Louis Vuitton, Chanel dan banyak lagi.
Pada masa yang sama Eileen juga pernah menghadiri Met Gala, Paris Fashion Week 2021 di mana dia bergaul dengan A-listers semasa duduk di barisan hadapan untuk Louis Vuitton.
Yang terbaru Eileen merupakan duta global untuk jenama barangan kemas Tiffany & Co., dan duta jenama pembuat jam tangan Switzerland iaitu IWC Schaffhausen.
Fakta Menarik Tentang Eileen Gu!
Setelah menjadi juara ski baru-baru ini, populariti Eileen meningkat sebanyak 10 kali ganda. Kini dia mempunyai lebih daripada 2 juta pengikut di Weibo dan memperoleh tajaan sukan yang banyak.
Semenjak mewakili China, Eileen telah menempatkan dirinya pada tujuh tempat pertama kejohanan dunia menerusi gaya halfpipe, slope style dan big air.Β
“Saya selalu mengatakan matlamat saya adalah untuk menyebarkan sukan yang saya sukai secara global kepada kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak perempuan. Dan untuk mengalihkan budaya sukan ke arah yang didorong oleh keghairahan serta minat” – Eileen Gu.