Pernah dengar Jollibee, restoran makanan ringan kelahiran Filipina yang semakin hangat?
Nak tahu, Jollibee yang terkenal dengan ayam Chickenjoy rangup lagi empuk telah membuka restoran pertamanya di Semenanjung Malaysia secara rasmi, bertempat di Sunway Pyramid.
- Foto – Jollibee
Bila ke sana menu yang mana satu wajib cuba? Semestinya Chickenjoy, ayam goreng yang disadur dengan salutan khas untuk memaksimumkan kerangupan, dimasak dengan teliti agar benar-benar empuk, dan diperap dengan sempurna untuk perisa yang luar biasa.
IKLAN
Bagi para peminat ayam goreng pedas pula, Jollibee menyajikan Spicy Chickenjoy yang diperap dan disadur dengan bahan pedas istimewa. Satu lagi produk kegemaran ramai, Jolly Spaghetti disediakan dengan sos manis yang istimewa dibanjiri dengan hirisan besar sosej daging dan disempurnakan dengan keju.
- Foto – Jollibee
Yumburger merupakan burger versi Jollibee, dan hidangan kegemaran ramai ini boleh dipesan dengan atau tanpa keju. Satu lagi menu Jollibee Spicy Chicken Sandwich, diperbuat daripada filet ayam yang diperap menggunakan resipi rahsia dengan rasa pedas yang menggiurkan, disadur dengan sempurna untuk memaksimumkan kerangupan dan dihidangkan bersama sos khasnya sendiri.
- Foto – Jollibee
Apa lagi berkunjung ke Aras LG2, Blue Atrium, Sunway Pyramid, dan rasai sendiri Jollibee yang memang puas hati.