Sinonim dengan penjagaan kulit berprestasi tinggi yang direka khas untuk fisiologi kulit lelaki, LAB SERIES kali ini muncul dengan wajah baru.
Berfokuskan pada alam sekitar, jenama ini mereka semula pembungkusannya dengan mengambil kira keperluan pengguna dan alam sekitar.
Lebih Moden & Selamat Untuk Alam Sekitar
Sempena dengan wajah baru, LAB SERIES mengeluarkan enam siri produk iaitu Daily Rescue, All-in-One, Oil Control, Anti-Age MAX LS, Grooming dan Instant Fix yang mensasarkan jenis dan masalah kulit lelaki.
Sambil menjaga dan melindungi kulit wajah, LAB SERIES percaya siri kali ini lebih melindungi alam sekitar seperti;
- Lebih separuh daripada pembungkusan mengikut berat akan dikitar semula, boleh diisi semula, boleh diguna semula, dikitar semula atau boleh diperoleh semula.
- Lebih separuh daripada pembungkusan baharu mengandungi sekurang-kurangnya 20% kandungan kitar semula.
- 100% daripada karton akan dikitar semula dan dibuat menggunakan papan kertas yang diperakui FSC.
- LAB SERIES memperkenalkan kartrij boleh isi semula di bawah barisan penjagaan kulit mewahnya dengan serum dan losyen ANTI-AGE MAX LS.
- Menggunakan isian semula dan pam botol membantu menyumbang kepada pengurangan sisa plastik sekurang-kurangnya 20%*.
**Berdasarkan penggunaan sekurang-kurangnya dua isian semula.
Untuk produk LAB SERIES ini, pembungkusan baru telah mula tersedia pada 1 Februari 2022 [TEKAN SINI].