Diva sangat-sangat seronok dan teruja melihat koleksi musim bunga daripada Kate Spade New York untuk tahun ini!
Berbalik pada inspirasi musim bunga, jenama fesyen mahal ini telah menyediakan pelbagai produk yang khas untuk anda!
Sebut sahaja sama ada beg tangan, pakaian sehinggalah aksesori, semuanya cantik-cantik dan segar reka bentuknya. Jom lihat di bawah;
9 Jenis Beg Tangan Sempena Musim Bunga
Untuk koleksi beg tangan, Kate Spade telah mengeluarkan 9 jenis beg tangan untuk para wanita. Antaranya;
Manhattan Tote
Tersedia dalam warna pearl blush dan meadow black florals.
Lovitt Top-Handle Bag
Tersedia dalam warna pearl blush dan meadow black florals.
Avenue
Dikeluarkan dalam material kanvas dan refined grain leather. Boleh dipakai secara badan silang atau pegang tangan serta mempunyai dua saiz (mini dan sederhana).
Knott
Voyage
Koleksi Voyage pula direka dalam bentuk bunga bermusim dan menjadi tumpuan untuk Hari Ibu. Boleh didapati dalam dua saiz iaitu kecil dan sederhana.
Spade Flower Jacquard
Kate Spade telah menggunakan gabungan warna yang berani iaitu biru langit dan kuning sebagai jalurnya. Tersedia dalam dua saiz berbeza iaitu mini dan besar.
Petal
Bermotifkan bunga, beg tangan Petal sesuai untuk wanita yang happy go lucky dan aktif.
Wing It
Comel dan segar, koleksi Wing It terdiri daripada tote rama-rama dan dompet syiling rama-rama.
Courtside
Berfokuskan pada permainan tenis dan fesyen, koleksi Courtside merangkumi All Day tote, The Courtside Large Tennis Tote dan Double Tennis Crossbody Bag.
Ready-To-Wear Yang Sesuai Untuk Semua Majlis
Sesuai untuk semua majlis di musim bunga, koleksi RTW telah dikemas kini dalam tekstil yang berbeza seperti tweed dan twill.
Rekaan Aksesori Khas Yang Lebih Segar & Stail
Untuk aksesori yang bermotifkan warisan dan gaya baru, Kat Spade telah mengeluarkan koleksi New Bloom iaitu lanjutan daripada koleksi terdahulu yang terdiri daripada rantai leher, gelang tangan, anting-anting dan cincin.
Cantik-cantik kan? Selamat berbelanja!