Kreatifnya! Nampak lebih muda daripada umur sebenar!
Dilantik sebagai ‘Juri Bebas’ untuk Big Stage 2022, Mas Idayu menjadi bualan orang ramai gara-gara penampilannya Isnin yang lalu.
Manakan tidaknya, penyanyi dangdut Malaysia ini telah mengenakan fesyen yang unik dan sangat kreatif sehingga menarik perhatian penonton dan peminat.
Berkongsi gambar di Instagram, Mas Idayu telah mengenakan persalinan kasual berona hitam dengan aksesori yang lengkap. Yang menariknya, aksesori kepala dan jarinya itu hanya menggunakan pin semata-mata.
Untuk pengetahuan kamu, penampilannya pada malam tersebut telah direka khas oleh pereka tempatan iaitu Anas Abdullah.
Gaun kasual berona hitam tersebut telah diperincikan dengan fringe yang mempunyai butiran seperti mutiara. Manakala di bahagian pinggang, Anas menggunakan pin untuk dijadikan sebagai tali pinggang.
Di bahagian kepalanya pula, pin telah dibentuk sehingga menjadi ala-ala stail rambut Cleopatra. Dan di bahagian jarinya pula, Mas Idayu mengenakan cincin yang juga diperbuat daripada gabungan pin. Kreatif sangat!
Manakala solekan Mas Idayu pula dilakukan oleh Ayum Primadona. Solekannya pada malam itu menekankan penggunaan celak hitam di bahagian mata dan bergincu merah. Hasilnya solekan tersebut menaikkan lagi penampilan Mas Idayu.
Tahniah, sangat kreatif dan cantik!