Deepika Padukone cukup gah kalau berfesyen. Tak pernah nampak salah dan kekok mengenakan sesuatu gaya, walaupun adakalanya agak luar biasa tapi wanita berlesung pipit ini tetap unggul.
Contohnya penampilan dia ketika mempromosikan filem barunya bertajuk ‘Gehraiyaan’, dalam banyak-banyak dress mini kulit rekaan Halpern memukau warga net.
- Foto – Pinkvilla
Terima kasih kepada penata rias Deepika, Shaleena Nathani yang memastikan ciri-ciri terbaik diva itu ditonjolkan dan memastikan penampilan yang bergaya tapi masih sesuai. Deepika memang cinta pada fabrik kulit tiruan tapi kali ini dia agak ekstra, sensual dan mega sekali.
IKLAN
Dress mini hitam dari Halpern menampilkan gaya off-shoulder mengikut susuk tubuh Deepika yang ramping. Potongan yang sangat pendek menonjolkan kakinya yang panjang dan berkilauan. Deepika menggabungkan dengan anting-anting berjuntai emas yang menarik perhatian, dan tumit tinggi bertali dari Magda Butrym. Solekan mata smokey dan gaya rambut basah, buat Deepika nampak gothic, seiring dengan dress kulitnya.
- Foto – Halpern
Untuk dress mini sahaja berharga USD552, dianggarkan kira-kira RM4101. Anda boleh dapatkan koleksi Halpern di sini.