Tak lengkap penampilan wanita moden hari ini tanpa seutas jam tangan penuh eksklusif. Koleksi terbaru dari Garmin ini untuk wanita yang menyukai reka bentuk moden dan minimalis.
Garmin Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran dua jam tangan pintar yang padat dengan set ciri moden. vívomove Sport, jam tangan pintar hibrid dengan alatan kecergasan, dan Venu 2 Plus, jam tangan pintar GPS dengan fungsi suara tambahan.
Apa beza kedua jam tangan ini?
vívomove Sport direka untuk mereka yang ingin terus berhubung sambil menjejaki kesihatan mereka menggunakan satu siri alatan penting seperti penjejakan tekanan sepanjang hari, pemantauan Body Battery, penghidratan dan banyak lagi.
IKLAN
Diinspirasikan oleh kecanggihan dan keselesaan, vívomove Sport menampilkan tali silikon dalam warna penuh memikat. vívomove Sport boleh digunakan sebagai telefon pintar Android atau Apple® dengan pemberitahuan untuk panggilan masuk, mesej teks, kemas kini dan makluman media sosial.
- Foto – Garmin
Venu 2 Plus menyediakan ciri kesihatan dan kecergasan termasuk, skor tidur, penjejakan tekanan, pemantauan tenaga, Pulse Ox1, ciri kesihatan wanita dan pelbagai pilihan kecergasan dan senaman. Venu 2 Plus mempunyai 75+ latihan animasi pratetap untuk kardio, yoga, kekuatan, HIIT dan Pilates yang menunjukkan bentuk dan teknik yang betul dalam Garmin Connect dan pada pergelangan tangan.
Fungsi suara baru memberi kuasa kepada pengguna untuk menerima panggilan dan menyambung kepada telefon pintar untuk menghantar teks, bertanya soalan dan sebagainya.
- Foto – Garmin
Boleh didapati mulai 7 Februari di kedai jenama Garmin, vívomove Sport dijual pada harga RM 840 dan Venu 2 Plus dijual pada harga RM 2,099. Di samping itu, kedua-dua jam tangan pintar boleh dibeli di Lazada, Shopee, AECO e-store dan semua peruncit sah.