Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Kenali Kembar BLACKPINK Lisa, Puteri Jenna Ada Banyak Bakat Luar Biasa Walaupun Baru 9 Tahun

by Soph.Azz
February 8, 2022
Foto - Jenna Norodom (FB)

Foto - Jenna Norodom (FB)

48
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Digelar sebagai kembar BLACKPINK Lisa, puteri daripada kerabat diraja Kemboja iaitu Puteri Jenna Norodom sememangnya popular.

Walaupun baru berusia 9 tahun, Puteri Jenna boleh dikatakan sering jadi bualan ramai kerana kelebihan yang dimilikinya tidak seperti kanak-kanak lain.

Jom kenali Puteri Jenna Norodom dengan lebih mendalam untuk ketahui kenapa namanya sering jadi sebutan orang ramai.

Miliki Darah Kacukan Perancis

Dilahirkan di Paris pada tahun 2012, Puteri Jenna merupakan anak kepada Puteri Norodom Buphary dan seorang lelaki Perancis.

Foto – Jenna Norodom (FB)

Info: Puteri Jenna adalah cucu kepada Puteri Norodom Chakrapong dan moyangnya pula mendiang Raja Norodom Sihanouk.

Ketika usianya berusia 3 tahun, keluarga Puteri Jenna berpindah kembali ke Kemboja. Sejak daripada itu, Puteri Jenna menikmati kelebihan seperti kehidupan mewah dan pendidikan terbaik.

Boleh Bercakap Dalam 5 Bahasa Sekaligus

Selain mempelajari bahasa Perancis dan Khmer daripada ibu bapanya, Puteri Jenna turut mempelajari bahasa lain. Antaranya bahasa Thai, Cina dan Inggeris.

YouTube video

Kelebihan ini boleh dilihat menerusi akaun YouTube di mana dia sering menyanyikan lagu dalam bahasa yang dipelajarinya.

Ceburi Industri Hiburan Pada Usia Yang Muda 

Secara rasminya Puteri Jenna menceburi industri hiburan pada usia 6 tahun sebagai seorang pelakon, penyanyi dan penari. Puteri ini pernah muncul dalam drama televisyen popular iaitu Tep Thida Pokul Meas (2020) dan Golden Kingdom (2021).

YouTube video

Meminati BLACKPINK Lisa, Puteri Jenna sering dipanggil sebagai “Little Lisa” kerana memiliki wajah seakan-akan dan berkebolehan untuk menari seperti Lisa.

Walaupun sudah berkecimpung dalam industri hiburan, Puteri Jenna tetap melanjutkan pelajaran untuk belajar opera di Music Arts School di Phom Penh.

Digelar ‘”Influencer Princess”

Siapa sangka puteri diraja boleh jadi influencer terkenal. Buktinya Puteri Jenna berjaya memiliki 2 juta pengikut di Facebook, 600k pengikut di YouTube dan 50.2 juta tontonan di TikTok.

Foto – Jenna Norodom (FB)
BACA:  BLACKPINK Lisa Bintangi Kempen Wangian CELINE Yang Terbaru, Nampak Mewah!

Selain itu Puteri Jenna turut menjadi duta kepada jenama diraja dan serantau seperti Cambodian Cellcard Telecommunications Company, Indonesian Marie Regal dan Chinese R&F Properties.

Bukan calang-calang puteri, Puteri Jenna sememangnya membuatkan orang ramai terpesona dengan kelebihannya!

FILED UNDER blackpink lisajenna norodomputeri jenna norodom
Share19SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.