Selain digelar sebagai “Kim Kardashian Vietnam”, pelakon ini juga pernah digelar sebagai “Lady D”.
Ly Nha Ky iaitu seorang pelakon, model dan ahli perniagaan di Vietnam telah menjadi pusat perhatian orang ramai.
Ly dilaporkan memiliki empayar hartanah bernilai jutaan ringgit, pelaburan, barang kemas dan fesyen mahal. Walaupun menjadi jutawan, Ly tidak lokek untuk berkongsi kekayaannya dengan orang lain.
Jom lihat bagaimana kehidupan pelakon jelita ini yang mempunyai nilai bersih RM71 juta.
Miliki Rumah Seperti Istana
Miliki bangunan pangsapuri 25 tingkat di kawasan mewah Thai Dien, Lyn telah merobohkannya dan membina semula bangunan itu mengikut keinginannya.
Rumah agamnya itu dihiasi emas dengan inspirasi zaman Yunani yang di mana tangga marmar yang melengkung itu memberikan suasana yang mewah.
Dalam rumah ini terdapat studio dengan peralatan penggambaraan yang canggih, karaoke, bilik hiburan dan jakuzi bawah tanah. Selain Ly, chef dan kakitangannya juga tinggal dalam rumah yang sama.
Ibu Tinggal Di Vila Mewah & Mahal
Tidak dilupakan ibunya, Ly telah membina sebuah vila seluas 108000 kaki persegi di kampung halaman iaitu di wilayah Ba Ria-Vung Tau.
Vila itu dibina dalam gaya seni klasik Vietnam di mana ada jubin merah dan perabot kayu. Vila tersebut mempunyai bilik ibadat yang luas, bilik keluarga dan kawasan untuk parti dan majlis resepsi.
Yang menariknya vila ibu Ly mempunyai taman dengan kolam teratai, pokok sagu berusia seribu tahun dan pelbagai pokok buah-buahan.
Orang Pertama Miliki Kapal Layar Ferretti & Rolls Royce
Pertama di Vietnam, Ly merupakan individu terawal yang memiliki kapal layar apabila dia membeli 630 Ferretti. Kapal layar itu mempunyai suite hiburan, ruang makan, bilik tetamu dan kawasan BBQ.
“Ly mempunyai firma antarabangsa di Hong Kong yang mengendalikan dan menyelenggara kapal layarnya termasuk 4 kru kecil yang mempunyai pengalaman luas dalam berkhidmat di kapal persiaran antarabangsa 5 bintang.
Selain kapal layar, Ly juga memiliki Rolls Royce Ghost dan mempunyai pemandu peribadi yang membawaya ke sekitar bandar untuk majlis atau mesyuarat perniagaan.
Bina Resort Mewah Berjuta Ringgit
Selain membina rumah untuknya dan ibunya, Ly juga dilaporkan memiliki resort mewah yang bernilai jutaan ringgit. Resort tersebut dibinanya di Da Lat seluas 7000 meter persegi.
Pada masa yang sama, dia juga membina ladang buah-buahan dan sayur-sayuran organik yang bernilai jutaan ringgit juga.
Ada Koleksi Penuh Untuk Fesyen
Ly sering muncul di khalayak ramai dalam ciptaan haute couture yang mahal daripada pereka terkenal seperti Georges Hobeika, Alexis Mabille dan Alexander McQueen.
Jika ada koleksi fesyen yang menarik perhatiannya, dia akan membeli seluruh koleksi tersebut. Contohnya beg Hermes Birkin, Ly akan beli koleksi yang sama dalam warna yang berlainan.
Kumpul Berlian Sejak Usia 20-an
Pelakon ini dilaporkan telah membeli berlian pertama pada usia 22 tahun. Sejak daripada itu dia mula mengumpulnya sebelum menceburi perniagaan barang kemas.
Pada tahun 2011, Ly telah mengedarkan barang kemas daripada De Grisogono, Paolo Piovan, Crivelli Gioielli dan Staurino. Kemudian, dia juga memperkenalkan rangkaian berliannya sendiri, Lynk.
Gemar Lakukan Aktiviti Amal
Menerusi syarikat LYNK Group, Ly telah membina Dana Pembangunan Pendidikan Kesihatan Vietnam (VN HEDF) pada tahun 2011.
Dana tersebut dibina bertujuan untuk lakukan aktiviti amal seperti membangunkan kawasan luar bandar, membina sekolah dan melakukan pembedahan mata untuk pesakit katarak.
Dia juga pernah berkhidmat sebagai duta untuk Operation Smile di Vietnam dan duta Pelancongan Vietnam.
Sudahlah cantik dan kaya, malah pemurah pula. Untung siapa yang menjadi pasangan Ly Nha Ky ini.