Anda nak tahu tak satu tempat yang seronok untuk berhibur dan makan dalam masa yang sama?
Berkonsepkan hiburan dan makanan, penulis perkenalkan MARISTAR yang terletak di The Starhill iaitu di tengah kawasan membeli belah di Bukit Bintang.
Mempunyai keluasan 730 meter persegi, MARISTAR mempamerkan ruang dalaman yang kotemporari dan elegan dengan sofa lounge mewah serta meja dan kerusi bar yang bergaya.
Ruang MARISTAR dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu tingkat bawah adalah ruang tempat duduk dalaman dan al fresco serta bar. Tingkat kedua adalah dinding video besar yang jadi tumpuan untuk mereka yang sukakan fesyen. Tempat ketiga pula adalah untuk tetamu yang sukakan privasi.
Di MARISTAR, anda boleh menikmati tirai, kaviar, menara makanan laut, masakan Itali dan banyak lagi. Dalam menunya ada banyak pilihan makanan mengikut selera tetamu.
Bagi penggemar tiram, anda boleh memilih sama ada tiram Gallagher, Fine de Claire, Irish Premium, Tragheanna Bay dan banyak lagi. Manakala kaviar pula anda boleh pilih kaviar Beluga Sibera atau Osietra daripada Pilihan Kaviar Premium Marini.
Hidangan istimewa MARISTAR termasuk Menara Makanan Laut dengan hidangan tiram bertingkat, tartar trout laut, udang dan Carpaccio Hamachi dengan pilihan tambahan udang galah. Pinggan Makanan Laut Bakar pula terdiri daripada udang, sotong, isi ikan dan kupang yang dibakar ringan dengan campuran rempah ratus.
Sekiranya anda mahukan pasta, MARISTAR mempunyai beberapa jenis pasta serta hidangan utama lain bukan makanan laut seperti Tomahawk Steak, Wagyu Tenderloin dan Boneless Lamb Shank.
IKLAN
Selain daripada itu bagi tetamu yang mahukan hidangan yang manis dan beri ketenangan, anda boleh dapatkan pelbagai menu pastri yang enak dengan seteko teh panas daripada set Haute Tea.
Promosi pembukaan untuk MARISTAR termasuk:
- Diskaun 20% untuk item makanan laut bukan promosi pada malam Fashionistar (Selasa) tetapi tawaran ini khusus untuk wanita.
- Diskaun 20% untuk tiram pada menu pada Malam OyStars (Rabu)
- Diskaun 10% untuk item kaviar pada menu pada malam Bubbly & Caviar (Khamis) dengan tambahan 10% diskaun champagne botol dengan setiap pesanan kaviar.
Untuk 14 Februari 2022, MARISTAR mempunyai harga Menu Set Makan Malam Hari Valentine pada RM1288++ setiap pasangan.
Makan malam akan dimulakan dengan pra-permulaan Cold Pasta Truffle diikuti dengan pembuka selera Carpaccio Hamachi yang menggandingkan hirisan ikan Hamachi segar dengan sos wasabi yang lazat.
Hidangan seterusnya ialah fettuccine yang dihidangkan dengan truffle dan mentega sage dengan serutan truffle hitam. Untuk hidangan utama, pilih daripada Wagyu Tenderloin Score M5 dengan asparagus dan sos wain merah atau Baked Slipper Lobster dengan Rempah Istimewa MARISTAR, kroket kentang, brinjal puree dan tuile kunyit.
Untuk mengakhiri malam dengan manis, tetamu akan dihidangkan pencuci mulut yang memanjakan – Brownies Ganache Whipped Coklat Susu dengan Gelato Coklat.
Sebarang maklumat lanjut, layari laman web rasmi MARISTAR atau ikuti di Instagram. Untuk tempahan, hubungi +603 2386 6030 atau +60129352533
- Waktu beroperasi: 4 petang – 12 tengah malam (setiap hari)
- Waktu makan tengah hari: 12:30 tengah hari – 3 petang (Jumaat-Ahad)