Ikon Lady Gaga tak pernah mengecewakan dalam apa jua fesyen. Setiap kali keluar, gayanya dari head to toe mencuri tumpuan lensa kamera. Dan esoknya, dia menjadi headlines di setiap editorial.
Baru sahaja, bintang House of Gucci membuat kemunculan dalam program Jimmy Kimmel Live. Little black dress yang dipakainya menjadi buah mulut dan menjadi pujian ramai.
- Foto – Getty
Merupakan ciptaan Christian Siriano, dress hitam itu dari koleksi pre-fall 2022. Ia menampilkan tulle besar di lengan pada mini dress ala kemban. Gaga aksesorikan bersama pumps hitam dan kaca mata hitam Dita Day Tripper, serta barangan kemas subang bertatah berlian dari label Katkim yang berpangkalan di Los Angeles.
Penyanyi 35 tahun itu memakai ensemble rekaan Siriano semasa Jimmy Kimmel Live, di mana dia bercakap tentang persembahannya sebagai Patrizia Reggiani dalam House of Gucci arahan Ridley Scott.
