Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Bobbi Brown Kongsi Tips Solekan Untuk Wanita Usia 50 Tahun Ke Atas

by Lisa AG
January 26, 2022
Foto - Bobbi Brown

Foto - Bobbi Brown

21
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Siapa kata wanita yang menopause tak perlu jaga kecantikan wajah. Eh penting tau, tak kira berapa pun usia. Tapi untuk wanita ini, yang berusia 50 tahun dan ke atas, adakah cara mereka jaga wajah rumit atau serba ringkas. Itu yang kita nak bicarakan, menurut tips yang diberikan oleh Bobbi Brown.

Jurusolek profesional dan pengasas Bobbi Brown Cosmetics berkongsi video di TikTok yang menerangkan tiga petua solekan untuk wanita berusia lebih 50 tahun. Yang terbaik, petua solekan untuk wanita ini semuanya agak mudah dan tidak memerlukan banyak produk atau langkah.

@justbobbibrown

Reply to @lorihammer Here are my beauty tips for women over 50. #jonesroadbeauty #cleanmakeup #miracebalm

♬ original sound – Bobbi Brown

#1 Selalu mula dengan melembapkan kulit

“Pertama sekali, letakkan pelembap. Bukan sahaja pada muka anda, tetapi letakkan juga pada leher, tangan anda, ia berasa lebih baik dan kelihatan lebih baik.

IKLAN

Untuk memilih krim anti-penuaan dan pelembap terbaik untuk jenis kulit matang, cari produk yang mengandungi bahan seperti peptida, yang membantu membaiki kerosakan kulit, dan asid hyaluronik, yang mengunci kelembapan, membantu mengelakkan kekeringan.

#2 Sembunyikan kemerahan

Ambil Jones Road The Face Pencil Everything Stick untuk menyembunyikan kemerahan.

Foto – Just Bobbi

“Singkirkan kemerahan, buang apa-apa kemerahan di sekitar hidung anda, di sekitar mulut anda, dan di bawah mata anda, sedikit kegelapan,” nasihatnya.

#3 Cipta solekan lembut yang glow

“Saya sukakan solekan yang sedikit bersinar.

Di sini, Brown menggunakan Jones Road Miracle Balm All-Over Glow. Jenama ini direka untuk memberikan kelembapan serta meningkatkan dan menyempurnakan kulit, hasil formula bahan-bahan berkhasiat seperti minyak jojoba, minyak Argan dan vitamin E untuk memastikan ia terhidrat.

Foto – Pinterest

Ingat sebelum mula bersolek, kena prep terlebih dahulu.

Tags: Bobbi Browncara jaga mukajones roadwanita 50 tahun
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Bobbi Brown Kongsi Tips Solekan Untuk Wanita Usia 50 Tahun Ke Atas

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.