Kanye West dan Julia Fox secara rasmi telah debut buat pertama kali di red carpet sebagai pasangan.
Kedua-duanya menghadiri pertunjukan fesyen Kenzo Fall/Winter 2022/2023 yang bertempat di Paris dengan memadankan pakaian denim dan juga sarung tangan hitam.
Julia telah memakai crop denim jacket yang berbentuk coli berkon koleksi Schiaparelli Spring/Summer 2022 dan seluar jeans potongan rendah daripada Carhatt .
Gayanya itu dilengkapkan dengan anting-anting, beg tangan Balenciaga, solekan celak serta rambut yang disanggul.
IKLAN
Manakala pasangannya, Kanye pula memakai jaket denim bersaiz besar dari Balenciaga yang dipadankan dengan seluar jeans Levi’s. Rapper ini juga tidak melupakan but Red Wing dan cermin mata hitam sebagai pelengkap gaya.
Pada masa yang sama peminat JuliYe dan pencinta fesyen yang lain telah menyamakan pasangan ini dengan penampilan red carpet Britney Spears-Justin Timberlake.
Ketika Anugerah Muzik Amerika (AMAs) 2001, Britney telah menggenakan gaun denim yang mempunyai potongan berbentuk hati di bahagian dada dan chain belt, manakala Justin memakai kot denim yang dipadankan dengan topi serta seluar jeans.
[Info: Julia telah menggelar hubungannya dengan Kanye dengan nama JuliYe.]