Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Manis Solekan Atisha Khan, Khir Khalid Pilih Deepika Padukone Sebagai Inspirasi

by Soph.Azz
January 25, 2022
Foto - @ehmalaysia (IG)

Foto - @ehmalaysia (IG)

41
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tahniah kepada Athisha Khan dan pasangan, Wan Amirul Haiqal!

Adik kepada selebriti Neelofa iaitu Athisha Khan telah melangsungkan majlis perkahwinannya pada Sabtu yang lalu.

Menerusi majlis perkahwinan bertemakan taman, Athisha dikatakan persis bidadari apabila mengenakan gaun putih rekaan Alia Bastamam.

Dan paling penulis tertarik sekali adalah solekan yang minimalis dan natural daripada Khir Khalid. Nak tahu tak cerita di sebalik solekan tersebut?

Baca perkongsian di bawah;

Deepika Padukone Jadi Inspirasi Khir Khalid

Dipetik daripada Eh!, jurusolek terkenal iaitu Khir Khalid mendedahkan dia hanya menggunakan solekan yang ringkas kerana Athisha memiliki raut wajah yang sempurna dan bersih.

Foto – @khirkhalid (IG) / Pinterest

Akui Khir, Athisha memiliki raut wajah seperti orang Timur. Disebabkan oleh itu dia telah menjadikan pelakon Bollywood iaitu Deepika Padukone sebagai inspirasinya.

“Rujukan saya sewaktu melakukan homework sebelum merias Athisha ialah Deepika Padukone. Saya sangat sukakan solekan dan penampilan sewaktu dia berkahwin. Bagi saya dia punya raut wajah timur yang moden. Saya dapat bayangkan Athisha dalam solekan yang serupa.”

Untuk melakukan solekan minimalis dan natural Athisha, Khir telah menggunakan krim pelembap wajah jenama La Mer untuk mengekalkan kelembapan pada wajah sepanjang majlis berlangsung.

Pelembap La Mer [BELI]

Foto – Sephora

Kemudian untuk foundation pula, Khir memilih foundation daripada Nars. Pesannya untuk gunakan foundation, lebih baik sapukan dalam kuantiti yang sedikit dan nipis pada wajah.

Cadangan foundation Nars [BELI]

Foto – Buro 24/7 Malaysia

Di bahagian mata pula jurusolek ini menggunakan palet daripada Pat McGrath. Solekan matanya pula menggunakan gaya smokey eyes untuk menyerlahkan mata Athisha yang bulat persis pelakon Bollywood itu.

BACA:  Ini Yang DIVA Tahu Tentang Produk Kecantikan Deepika Padukone '82°E'

Cadangan palet Pat McGrath [BELI]

Foto – Pinterest

Yang menariknya Khir mendedahan dia tidak menggunakan sebarang bulu mata palsu memandangkan bulu mata Athisha sudah sempurna. Tetapi dia lengkapkan solekan mata Athisha dengan menggunakan maskara Hourglass.

Cadangan maskara Hourglass [BELI]

Foto – Sephora

Solekan minimalis dan natural itu dilengkapkan dengan secalit lipgloss untuk menyerlahkan bentuk bibir Athisha.

Cadangan lipgloss [BELI]

Foto – Sephora

Mudah sebenarnya nak lakukan solekan Athisha. Ditambah pula dengan kepakaran jurusolek terkenal, memang nampak lebih cantik dan manis!

FILED UNDER atisha khanDeepika Padukonekhir khalidmekap kahwin atisha khan
Share16SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.