Puteri Haya bint Al-Hussein merupakan bekas isteri kepada Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum.
Walaupun dilanda dengan pelbagai kontroversi mengenai rumah tangga, Puteri Haya sering kali dijadikan sebagai inspirasi dalam kalangan wanita.
Puteri Haya yang terkenal dengan keanggunan dan kelasnya tersendiri terutamanya ketika berfesyen, penulis nak kongsikan enam gaya terbaik miliknya!
#1 Skirt pencil berwarna emas yang dipenuhi dengan hiasan timbul seperti bebola di atasnya menjadi pilihan Puteri Haya. Gayanya dilengkapkan dengan cocktail hat berona putih dengan perincian straw ribbon.
#2 Nampak ringkas tetapi pemilihan suit skirt yang berona kuning pucat dan topi berbulu membuatkan puteri ini nampak sangat feminin.
#3 Head-to-toe berwarna merah menunjukkan Puteri Haya tidak takut untuk mengenakan warna yang terang dan garang. Yang paling menarik perhatian sekali adalah topinya yang mempunyai hiasan timbul seperti bulu. Sangat cantik!
#4 Ketika Duchess Of Cornwall melawat Dubai, Puteri Haya mengenakan gaun yang mempunyai sulaman yang lebih tradisional. Tidak terlalu formal tetapi nampak sangat elegan.
#5 Tak mahu nampak bosan dengan hitam, cuba kenakan gaun hitam ala-ala tahun 40-an dan padankannya dengan topi bulu yang extra seperti Puteri Haya. Barulah berbeza daripada orang lain.
#6 Kalau nak nampak chic, kenakan gaun tweed yang berona kuning cerah yang mempunyai perincian fringe di tangan dan bawah gaun. Kemudian lengkapkan dengan anting-anting ringkas dan solekan yang lebih natural.
Info menarik:
- Puteri Haya merupakan anak perempuan Raja Hussein di Jordan yang memerintah dari tahun 1935-1999.
- Dia telah berkahwin dengan Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum iaitu Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE. Ketika itu Puteri Haya merupakan isteri keenam yang berkahwin pada tahun 2004 dan bercerai pada tahun 2009.
- Perceraian itu berlaku disebabkan oleh tingkah laku Sheikh Mohammed yang dilaporkan suka mendera isteri dan anaknya.
- Disebabkan oleh itu, Puteri Haya memfailkan cerai dan berpindah ke Britain dengan anak-anaknya kerana bimbang akan ancaman serta penculikan.
- Kini mahkamah di Britain mengarahkan Sheikh Mohammed untuk membayar sebanyak RM3.06 bilion kepada Puteri Haya sebagai penyelesaian penceraian mereka.
Perlukan inspirasi untuk bergaya, kamu boleh jadikan Puteri Haya sebagai inspirasi. Jangan takut untuk bereksperimen.