Menjadi pasangan selebriti yang berkuasa di Itali, pewaris Gucci iaitu Maurizio Gucci telah dibunuh selepas meninggalkan isterinya untuk wanita lain.
Menerusi filem “House Of Gucci” yang dilakonan oleh Lady Gaga sebagai Patrizia Reggiani, kini ramai yang mula mengenali sosialit Itali itu.
Patrizia merupakan bekas isteri kepada pewaris Gucci iaitu Maurizio Gucci. Dia berhadapan dengan tuduhan membunuh dan telah menjalani hukuman penjara selama 26 tahun.
Dipetik daripada Vogue, berikut adalah lima kontroversi ‘panas’ tentang bekas isteri Maurizio Gucci yang dikatakan telah membunuh bekas suaminya;
#1 Hidup Dalam Kemewahan
Selepas berkahwin dalam satu majlis yang mewah pada tahun 70-an, pasangan sosialit Itali, Maurizio Gucci dan Patrizia Reggiani kerap menghabiskan masa mereka di chalet di St. Moritz.
Selain daripada chalet itu, mereka mempunyai penthouse di Manhattan, kapal layar, vila di Mexico dan ladang di luar bandar Connecticut. Malah pasangan ini juga mempunyai banyak pulau persendirian di seluruh dunia.
Manakala Patrizia pula sememangnya dikenali sebagai wanita yang suka berbelanja apabila sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk bunga orkidnya.
#2 Kekal Hidup Mewah Selepas Dibebaskan
Selepas disabit dengan kesalahan membunuh bekas suaminya, Patrizia telah menjalani hukuman penjara selama 26 tahun. Kongsinya pada wartawan, dia menghabiskan masa dengan tidur, menjaga tanaman dan haiwan peliharaannya.
Akui Patrizia, peguamnya telah berunding untuk dapatkan hak membawa Bambi (musang) ke dalam sel.
IKLAN
Setelah dibebaskan dia telah menuju ke Milan dengan memakai cermin mata hitam gelap dan barang kemas. Malah dia juga sering dilihat di kawasan kejiranan yang lebih mewah dengan burung nurinya.
#3 Upah Pembunuh Upahan Untuk Bunuh Bekas Suami
Apabila ditanyakan oleh wartawan apakah sebab dia mengupah pembunuh upahan, dia mengatakan penglihatannya kurang jelas dan memerlukan seseorang untuk lakukannya.
Manakala dalam sebuah dokumentari dia telah menceritakan tentang pilihannya untuk mengupah seseorang untuk membunuh Maurizio.
“Saya marah dengan Maurizio. Saya bertanya pada semua orang termasuklah orang di kedai runcit. Akhirnya peramalnya membawa saya ke pemilik restoran pizza yang dibebani hiyang. Benedetto Ceraulo menerima wang saya untuk lakukan perbuatan itu.”
#4 Tidak Mahu Dipanggil Sebagai Banduan
Dalam satu temu bual Patrizia memberitahu bergantung pada mood, dia boleh menjadi suka dan benci pada penjara. Pada masa yang sama, dia melarang orang mengelarnya sebagai banduan malah dia merujuk penjara San Vittore Prison sebagai Vittore Residence.
#5 Masih Anggap Dirinya Sebahagian Daripada Gucci
Walaupun selepas bertahun-tahun berlalu, Patriazi masih menganggap dirinya sebagai orang penting di Gucci. Ketika perbicaraan pembunuhannya, dia bertegas untuk memakai pakaian lengkap daripada Gucci.
“Mereka memerlukan saya. Saya masih berasa seperti Gucci dan sebenarnya saya yang paling ‘Gucci’ daripada mereka semua!”
Untuk info kamu, Patrizia Reggiani juga dikenali dengan nama samaran Black Widow selepas membunuh bekas suaminya, Maurizio Gucci.