Tahun baru, gaya baru! Selamat datang 2022 dengan perspektif yang berani dan segar.
Kalau anda nak bergaya dengan kaca mata trendy, pereka fesyen Kittie Yiyi ada caranya. Kittie Yiyi ada petua fesyen untuk mencipta #OOTD dengan sepasang kaca mata. Kittie Yiyi berkongsi tiga petua #OOTD untuk menggayakan Ray-Ban Jack yang versatile dan membuat statement yang berani pada tahun baharu.
Simplicity Bergaya Monokrom
Cuba monokrom bila bergaya sederhana. Lapiskan pakaian dari shades warna yang sama untuk mencipta dimensi. Di sini, Kittie Yiyi memilih warna biru lembut dan dipadankan dengan Ray-Ban Jack untuk untuk penampilan yang ringkas namun bergaya.
Kontemporari Yang Selesa
Pakaian ‘work from home’ untuk fesyen jalanan. Why not? OOTD dengan hoodie atau sweater yang oversized, dipadankan dengan seluar penuh bergaya. Cipta fesyen jalanan yang lengkap dengan Ray-Ban Jack untuk melengkapkan rupa.
Berani Dengan Statement
Fesyen semakin berkembang dan pada tahun 2022, kita kembali ke era 80-an. Lebih khusus lagi, denim pada denim di atas baju bercorak dalam tekstur dan warna yang berbeza. Lengkapkan penampilan dengan kaca mata heksagon unik Ray-Ban Jack
Cuba styling cara Kittie Yiyi okay!