Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Puteri Ingrid Alexandra Dari Norway Dah Dewasa, Sambut Hari Lahir Ke 18 Tahun

by Lisa AG
January 25, 2022
Foto - No More

Foto - No More

33
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tahun 2022 adalah tahun keemasan apabila kerabat diraja meraikan hari lahir penting. Di Norway, puteri mereka telah dewasa secara rasmi, apabila Puteri Ingrid Alexandra berusia 18 tahun pada 21 Januari.

Anak perempuan tunggal Putera Mahkota Haakon dan isterinya Puteri Mette-Marit, dia berada di barisan kedua takhta selepas bapa dan datuknya, Raja Herald.

Dipetik dari Tatler, tempatnya dalam barisan pewarisan telah diperoleh pada 2004, apabila raja mengubah undang-undang primogeniture untuk memastikan tiada adik lelaki akan naik takhta selepasnya.

View this post on Instagram

A post shared by Det Norske Kongehuset (@detnorskekongehus)

Perubahan itu bagaimanapun memberi kesan kepada generasinya, jadi ia tidak mengubah kedudukan bapanya (dia mempunyai seorang kakak perempuan, Puteri Märtha Louise). Ingrid mempunyai seorang adik lelaki, Putera Sverre Magnus, dan seorang abang tiri di sebelah ibunya, Marius Borg Høiby.

Hitam Itu Sofistikated

Untuk hari lahirnya, Norway telah mengeluarkan beberapa gambar baharu Ingrid. Ada yang menunjukkan dia memakai dress hitam anggun, dan yang lain mengenakan suit menyerlahkan lagi penampilan yang sofistikated dan profesional.

View this post on Instagram

A post shared by Det Norske Kongehuset (@detnorskekongehus)

Puteri itu hanya bertata rias serba ringkas dengan solekan warna tanah sesuai dengan rambut coklat gelapnya dan aksesori anting-anting.

Ingrid dididik bersama abang tirinya di sebuah sekolah rendah tempatan di Oslo, dengan ibu bapanya berharap dia akan menjalani kehidupan biasa. Ketika berusia 15 tahun, dia telah memberi Duchess of Cambridge lawatan ke taman arca yang dinamakan sempena namanya pada 2018.

Dia terkenal sebagai seorang peluncur, pernah memenangi pingat emas dalam kejohanan kebangsaan pada 2020 serta pemain kickboxer dan pemain ski.

FILED UNDER ingrid alexandrakerabat diraja norwaynorway
Share13SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.