Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Lebih Tiga Jam Lily James Transformasi Jadi Pamela Anderson

by Lisa AG
January 24, 2022
Foto - Hello

Foto - Hello

25
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tak sabar nak menonton Pam & Tommy! Tengok trailer macam menarik, menceritakan kisah biopik pasangan selebriti terhangat Pamela Anderson dan Tommy Lee Jones.

Bertambah mengujakan apabila Lily James mendedahkan dia mengambil masa lebih tiga jam setiap hari bagi transformasi menjadi pelakon ikonik itu.

Bercakap dalam temu bual Majalah Porter, Lily menjelaskan bagaimana dia berubah menjadi Pamela untuk kisah yang dinanti-nantikan.

Foto – Hello

“Pasukan kami yang luar biasa menemui keseimbangan di mana saya menyerupai Pamela tetapi juga merasakan saya boleh berlakon melaluinya. Saya bangun pada 3 pagi setiap hari untuk sesi solekan empat jam yang melibatkan memakai plat dada, tan palsu dan rambut palsu.

“Saya tidak pernah melakukan apa-apa di mana saya kelihatan sangat berbeza daripada diri saya sebelum ini. Dan saya benar-benar ingin meneruskannya, kerana saya merasakan ada sesuatu yang bebas di dalamnya.

IKLAN

Foto – Hello

Lily menambah lagi, dia ‘tidak pernah bekerja keras’ untuk persediaan wataknya, tetapi lain bagi Pam. Malah, dia sebenarnya merindui untuk ‘menjadi’ Pamela apabila penggambaran berakhir.

“Saya membaca buku-buku yang telah ditulis Pamela Anderson, saya membaca puisinya, saya baca dan hafal semua temu bualnya. Saya benar-benar menikmati fizikal dan keghairahan, malah hingga ke kuku panjang. Terdapat begitu banyak watak untuk dipegang — ia benar-benar mendebarkan.”

Pam & Tommy mengisahkan dia dan suaminya ketika itu, rocker Tommy Lee (lakonan Sebastian Stan), menangani pita seks mereka yang dicuri daripada mereka dan disebarkan di internet.

Terujakan? Pam & Tommy akan mula ditayangkan pada 2 Februari di Hulu.

Tags: lily jamespam & tommypamela andersonsebastian stan
Share10SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Lebih Tiga Jam Lily James Transformasi Jadi Pamela Anderson

  3. 3

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.