Siapa pernah menggunakan pakaian dalam dari jenama unggul Triumph, mesti tahu bertapa selesa dan best?
Nak tahu, sempena kedatangan Tahun Harimau, Triumph sekali lagi muncul dengan koleksi menarik bra push up Aqua. Rekaan ringkas yang membolehkan kulit bernafas dengan leher baju Deep V akan memberikan anda keyakinan.
Hadir dalam dua koleksi, iaitu Aqua Carnival dan Aqua Bloom, kedua-dua mempunyai rekaan unik yang tersendiri.
Aqua Carnival
Rekaan feminin Aqua Carnival tanpa wayar mempunyai leher baju yang menjunam bagi menambah keterampilan pemakainya. Mengambil inspirasi daripada keindahan bunga kertas (Bougainvillea), koleksi Aqua Carnival mempunyai tali sokongan yang tersembunyi bagi menyerlahkan lagi lurah dada si pemakai.
- Foto – Triumph
Cup Bra Air Foam amat lembut pada kulit dan membenarkan ia bernafas. Koleksi ini juga boleh didapati dengan rekaan berwayar yang lembut untuk keselesaan.
IKLAN
Aqua Bloom
Untuk Aqua Bloom pula menampilkan corak dan tona warna yang diinspirasikan oleh kelopak bunga Dahlia. Rekaan menarik tanpa wayar ini mempunyai rekaan tepi istimewa bagi menyerlahkan rekaan yang anggun bergaya, serta leher baju Deep V.
- Foto – Triumph
Rekaan cup coli ringkas yang membolehkan kulit bernafas memberi keselesaan tambahan kepada si pemakai. Ia juga boleh didapati dengan rekaan berwayar serta rekaan khusus untuk individu bersaiz D+.
Koleksi Aqua Carnival dan Bloom serba baharu kini boleh didapati pada harga RM269 untuk coli dan RM79.90-RM89.90 (seluar dalam).
Buat tempahan dalam talian di web rasmi.