Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Di Sebalik Gaun Kahwin Park Shin Hye, Menjadikannya Pengantin Paling Bertuah Sekali

by Soph.Azz
January 24, 2022
Foto - @sunbin_eyesmag (IG)

Foto - @sunbin_eyesmag (IG)

57
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tahniah pada aktres Park Shin Hye dan pasangannya, Choi Tae Joon!

Pada 22 Januari 2022, pasangan pelakon ini telah melangsungkan majlis perkahwinan secara tertutup yang dihadiri oleh kenalan rapat dan keluarga.

Apa yang menarik minat dan perhatian orang ramai adalah beberapa gambar gaun pengantin Park Shin Hye. Nampak cantik dan eksklusif sangat!

Hasil Pereka Global Jadi Pilihan Hati

Semasa majlis perkahwinannya, Park Shin Hye telah mengenakan gaun daripada pereka terkenal iaitu Oscar De La Renta.

Foto – @sunbin_eyesmag (IG) / Oscar De La Renta

Gaun strapless berona putih itu mempunyai detail sweetheart neckline yang dihiasi corak bermotifkan bunga timbul di atasnya.

Untuk solekannya pula, Park Shin Hye telah memilih solekan natural dengan gincu yang berwarna merah mudah. Di bahagian kepalanya pula, dia telah mengenakan rambut low bun yang dilengkapi dengan tiara dan veil panjang.

Manakala untuk gambar pra-perkahwinannya pula, Park Shin Hye telah menggayakan 3 gaun pengantin. Untuk gambar pra-perkahwinan yang pertama adalah daripada pereka Filipina-Amerika iaitu Monique Lhuillier. Gaun ini mempunyai perincian renda milik Queen Anne yang dilengkapi dengan billowy sleeve. 

Foto – @salt_ent (IG) / Monique Lhuillier

Penampilan pertamanya ini dilengkapi dengan veil panjang dengan rambut yang dilepaskan di belakang bersama aksesori bunga di rambutnya.

Untuk gambar keduanya pula Park Shin Hye mengenakan gaun turtleneck koleksi Musim Bunga 2022 daripada pereka Monique Lhuillier. Gaun yang yang berenda dan mempunyai korset ini dilengkapkan dengan gaya rambut chignon serta bunga tangan.

Foto – @salt_ent (IG) / Monique Lhuillier

Gambar terakhir pula, aktres ini mengenakan gaun pengantin milik Oscar De La Renta dari Koleksi Musim Bunga 2022. Ball gown tanpa lengan ini sebenarnya mempunyai sulaman khas.

Foto – @salt_ent (IG) / Oscar De La Renta
BACA:  "Dah Nak Kahwin?!"- Park Shin Hye Nampak Cantik Pakai Gaun Pengantin Dalam K-Drama Ini...

“Ball gown Park Shin Hye diperbuat daripada faille sutera putih yang disulam dengan sulaman busur yang mengubahnya menjadi lebih moden.”

Cantik-cantik gaun pengantin Park Shin Hye, memang bertuah sungguh!

FILED UNDER monique lhuillierOscar De La Rentapark shin hye
Share23SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.