Walaupun beliau telah meninggalkan dunia fesyen, tapi mendiang Virgil Abloh terus mengujakan dan memberi inspirasi kepada dunia fesyen.
Louis Vuitton mengadakan pertunjukan fesyen penuh memori bagi koleksi pakaian lelaki rekaan Virgil Abloh untuk musim bunga/panas 2022. Untuk kali terakhir, Louis Vuitton meraikan imaginasi Abloh yang tanpa had, penghormatan kepada seni dan pemahamannya untuk membina jenama fesyen.
Salah satu item yang yang menarik dari koleksi Louis Vuitton 2022 adalah beg tangan berbentuk tin cat. Paint can bucket bags, yang dibawa oleh model kelihatan unik dan playful.
Rekaannya tidak terhad untuk lelaki malah wanita, serta kanak-kanak juga. Dibuat dalam beberapa seleksi warna seperti kuning, ungu dan merah, koleksi ini pasti akan menjadi hits dikalangan peminat LV tidak lama lagi.
- Foto – Getty
- Foto – Getty
- Foto – Getty
Unikkan? Dipetik dari Grazia, Louis Vuitton merujuk semua ini sebagai Abloh Boyhood Ideology, persepsi dunia dilihat melalui mata kanak-kanak yang naif.