Untuk Pre-Fall 2022, Victoria Beckham membuat debut pertama koleksi monogram. Memang nampak cantik dan sangat mewah!
Menurut Vogue, Victoria telah mencabar dirinya dengan memasukkan huruf pertamanya “VB” untuk tema monogram dalam koleksi ini.
Bukan itu sahaja, pereka fesyen ini menyatakan koleksi ini boleh dipakai untuk setiap musim memandangkan reka bentuknya yang ‘timeless‘.
Tambahnya lagi, koleksi Pre-Fall ini diperbuat menggunakan fabrik viscose twirl. Fabrik ini sangat lembut seperti kapas, kelihatan seperti satin dan tidak berkedut.
“Fabrik ini adalah yang terbaik kerana anda boleh letaknya dalam beg tanpa risau ia berkedut. Jadi dalam koleksi ini kami hasilkan baju, seluar dan gaun menggunakan fabrik ini.”
Huruf depan “VB” dijadikan monogram untuk belted jumpsuit berona coklat ini. Di bahagian lengannya pula seolah-olah potongan batwing, sangat menarik.
Gaun siluet di bawah sesuai untuk mereka yang mahu tampil seksi dalam diam. Belahan di tepi dan belakang badan adalah pilihan yang tepat!
- Foto – Vogue
Untuk pakaian ini pula, zip di baju ini boleh dibuka untuk pamerkan bahagian kaki, bahagian sisi badan atau garis leher. Zip atau tidak bergantung pada mood anda!